View: 6931|Reply: 15
|
[Tempatan]
Remaja lepasan SPM 2023 putus kaki kiri dalam nahas
[Copy link]
|
|
Remaja lepasan SPM 2023 putus kaki kiri dalam nahas
Muhammad Adam Muqlis putus kaki kiri selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek pada Isnin.
SINAR BESTARI
07 MAY 2024 5:55 PM
Seorang remaja yang dijangka mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 tidak lama lagi, putus kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Budiman, Kuala Terengganu, Terengganu pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, kemalangan membabitkan motosikal jenis Honda EX5 dengan sebuah kereta jenis Toyota Hilux berlaku di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek dekat sini.
"Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Adam Muqlis Abdul Aziz, 18, mengalami kecederaan parah dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.16 malam.
"Siasatan awal mendapati pemandu kereta Toyota Hilux dari bahu jalan sebelah kiri telah membuat pusingan U untuk menghala ke arah lampu isyarat Budiman.
"Ketika itu secara tiba-tiba mangsa (Muhammad Adam Muqlis) yang menunggang motosikal datang dari arah lampu isyarat Budiman telah berlanggar dengan kereta tersebut di bahagian sisi hadapan sebelah kanan.
"Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah iaitu putus kaki sebelah kiri," katanya ketika dihubungi pemberita pada Selasa.
Mengulas lanjut, Azli berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan lanjut manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Beliau (pemandu kereta) telah hadir ke balai polis untuk memberi keterangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
https://sinarbestari.sinarharian ... ki-kiri-dalam-nahas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ibu meraung tepi jalan lihat anak putus kaki terlibat kemalangan
Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
7 Mei 2024, 1:01 pm
Tangkap layar video menunjukkan ibu Muhammad Adam (tengah) sedih melihat keadaan anaknya yang putus kaki akibat kemalangan di Jalan Budiman, Kuala Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU – Gara-gara sebuah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux dikatakan tiba-tiba membuat pusingan U, seorang penunggang motosikal putus kaki kiri apabila merempuh kenderaan itu di Jalan Budiman di sini semalam.
Kejadian malang menimpa mangsa, Muhammad Adam Muqlis Abdul Aziz, 18, itu berlaku di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek di sini pada pada 6.50 petang.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor, berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca selepas kenderaan Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 23 tahun dikatakan tiba-tiba membuat pusingan U di hadapan SMKA Sheikh Abdul Malek.
“Motosikal Honda EX5 yang ditunggangi mangsa dari arah lampu isyarat Jalan Budiman gagal mengelak lalu merempuh kenderaan Toyota Hilux terbabit.
“Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sehingga kaki kirinya putus di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Azli berkata, Muhammad Adam telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk menerima rawatan.
Beliau berkata, pemandu kenderaan Toyota Hilux terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah memberi keterangan berhubung kemalangan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini.
Terdahulu, tular di media sosial memaparkan ibu kepada Muhamad Adam meraung di tepi jalan sewaktu melihat keadaan anaknya yang menahan kesakitan akibat kemalangan tersebut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... erlibat-kemalangan/
|
|
|
|
|
|
|
|
ngerinya
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau i jadi ibu dia pun tak sure boleh control diri dari meraung ke tidak |
|
|
|
|
|
|
|
Gila la driver hilux tu tiba2 buat uturn..moto pulak laju x sempat ngelak..benci..selalu kes mcm ni lah..hilang dh masa dpn bdk tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah luluh hati seorang ibu tgk anak dia depan mata mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar..tak ada ke sapa2 kat situ p beli ais..masukkan dulu kaki tu dalam ais. Mana tau boleh selamat. Kesiannya..sebaya umur anak..Macamana la masa depan dia nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul the hilux tiba2 buat unlawful u- turn, terus saman the hilux driver for loss of future income and any other matters. make sure the all medical expenses are covered by the driver.
semoga anak ni terbela nasibnya . amin. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi sedih kalau budak tu tak de lesen ... sia2 je sebab by law budak tu salah
|
|
|
|
|
|
|
|
NASIONAL
Putus kaki dilanggar pacuan empat roda
07 Mei 2024, 12:06am
KUALA TERENGGANU: Seorang remaja lelaki putus kaki kiri dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Kejadian berlaku di Jalan Budiman berdekatan Sekolah Menengah Agama Syeikh Abdul Malik (SHAMS) di Kuala Terengganu petang tadi.
Dalam kejadian kira kira jam 6.45 petang itu, mangsa, Muhammad Adam Muqlis Abdul Aziz,18 tahun yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis meniaga air kelapa digerainya.
Setiba dilokasi kejadian, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dikatakan tiba-tiba membuat pusingan U.
Mangsa yang tidak sempat mengelak melanggar bahagian hadapan kenderaan tersebut sebelum tercampak ke tepi pagar sekolah.
Akibat perlanggaran itu kaki kiri mangsa terputus.
Ibu mangsa yang tiba dilokasi rebah melihat keadaan anaknya kerana terlalu terkejut.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapat rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
https://www.buletintv3.my/nasion ... -pacuan-empat-roda/ |
|
|
|
|
|
|
|
menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis meniaga air kelapa digerainya.
Rajinnya bantu keluarga sementara menunggu keputusan SPM
Semoga dipermudahkan urusannya sekeluarga
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya tgk ibu mnangis tgk smpai ke paha putus tu cmna boleh jd smpai mcm tu ngerinya. |
|
|
|
|
|
|
|
rosmahisham replied at 8-5-2024 06:22 AM
Gila la driver hilux tu tiba2 buat uturn..moto pulak laju x sempat ngelak..benci..selalu kes mcm ni ...
Dulu iols nak potong hilux sebab bawak lambat, bila iols nak potong, dia tak bagi. Memang pemandu hilux ni ramai dari kalangan manusia celaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sanggup nak tengok..too young
|
|
|
|
|
|
|
| |
|