View: 7728|Reply: 0
|
[Dunia]
Lelaki ditangkap curi, kawal 25,000 akaun Facebook
[Copy link]
|
|
Lelaki ditangkap curi, kawal 25,000 akaun Facebook
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... 000-akaun-facebook/
Oleh KOSMO!
8 Mei 2024, 10:00 pm
GAMBAR fail menunjukkan logo Facebook pada sebuah telefon bimbit. - AFP
HANOI – Polis di utara Vietnam menahan seorang lelaki yang menggunakan perisian hasad (malware) untuk mencuri maklumat dan mengawal 25,000 akaun Facebook di dalam dan luar negara, lapor laman berita VNExpres semalam.
Suspek didapati mengaut keuntungan sebanyak 90 bilion dong (RM18.51 juta).
Dang Dinh Son, 31 yang merupakan warga tempatan di wilayah Nam Dinh, sedang disiasat kerana mengeluarkan, membeli, menjual, menukar atau menghadiahkan peralatan dan perisian untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.
Dia juga didakwa mengakses tanpa kebenaran kepada rangkaian komputer, rangkaian telekomunikasi atau elektronik peranti orang lain.
Selain itu, 19 lagi yang bekerja untuk Son sedang disiasat atas tuduhan sama, kata polis.
Menurut polis, Son membeli sumber perisian hasad dengan fungsi mencuri maklumat akaun pengguna Facebook.
Dia kemudian menggunakan perisian tersebut untuk mengawal dua halaman peminat dan menyiarkan artikel palsu mengenai penciptaan imej menggunakan kepintaran buatan (AI). – AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
| |
|