CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11777|Reply: 2

Poster Faisal Halim hiasi Lebuhraya Persekutuan

[Copy link]
Post time 14-5-2024 10:57 PM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: Solidariti kepada pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid terus menjadi 'skala besar' menerusi poster kempen 'Stand With Faisal Halim, Stop The Violence' dipaparkan menerusi papan media elektronik.

Pemandu dan penunggang motosikal yang menggunakan Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur sudah pasti tidak ketinggalan menyaksikan papan media elektronik memaparkan poster kempen terbabit.

Berdasarkan poster itu dipasang di laluan utama, secara tidak langsung mesej itu diterima secara besar-besaran selain mereka tidak melepaskan peluang mendoakan kesejahteraan Faisal yang mengalami lecur kulit tahap empat.

Sebagai rekod, kempen itu dilancarkan SFC untuk menghantar bahawa tiada keganasan sepatutnya berlaku dalam bola sepak.

Malah, solidariti itu turut menyeru penyokong bola sepak tempatan supaya dapat mendoakan kesejahteraan Faisal yang ketika ini sudah mengharungi tiga pembedahan bagi merawat kecederaan dialaminya.

Selain itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut bersama-sama Faisal dan mengharapkan pemain itu dapat pulih seperti sedia kala.

"Sama-sama kita semua terus mendoakan agar pemain Harimau Malaya, Faisal Halim diberikan kesejahteraan dan kesembuhan untuk beliau pulih seperti sedia kala.

"Wira kita, Faisal Halim!," kata FAM.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Suspek dah dapat tangkap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 02:05 PM | Show all posts
Why Selangor FC sahaja yang sangat vokal. Dia juga pemain HM kan.

Yang suka update on his condition pun SFC (i.e. majikan), bukan keluarga, bukan doktor.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.214338 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list