CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7820|Reply: 2

Anjing boleh hidu bau orang stres, kata penyelidik - “Kajian ini menunjukkan bahawa anjing boleh membezakan antara nafas dan peluh"

[Copy link]
Post time 15-5-2024 08:18 AM | Show all posts |Read mode




BAU yang dikeluarkan oleh badan berupaya membentuk isyarat kimia yang berkembang untuk komunikasi, terutamanya dalam kebanyakan spesies.


Anjing mempunyai deria bau yang luar biasa apatah lagi sejarah rapat haiwan itu dengan manusia dan penggunaannya untuk menyokong psikologi manusia seperti kebimbangan, serangan panik dan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).


Sehubungan itu, ia mencetuskan idea untuk pasukan penyelidik mengkaji keupayaan anjing untuk merasakan isyarat kimia (bau badan) orang yang tertekan dan bertindak balas kepada keadaan psikologi pemiliknya.


Penyelidikan terbaru itu diterbitkan dalam jurnal akses terbuka PLOS ONE oleh Clara Wilson dari Queen’s University Belfast, United Kingdom bersama rakan sekerjanya.


Para penyelidik mengumpul sampel nafas dan peluh daripada peserta bukan perokok yang tidak makan atau minum.


Sampel dikumpulkan sebelum dan selepas tugas aritmetik pantas bersama dengan laporan tahap tekanan dan ukuran fisiologi objektif iaitu kadar denyutan jantung (HR) dan tekanan darah (BP).


“Sampel daripada 36 peserta yang melaporkan peningkatan tekanan kerana tugas dan mengalami peningkatan dalam HR serta BP semasa tugasan ditunjukkan kepada anjing terlatih dalam masa tiga jam selepas dikumpulkan.


“Empat anjing pelbagai baka telah dilatih untuk menghidu bau badan manusia dan mengenal pasti tahap stres masing-masing.


“Ketika sesi ujian itu,  anjing-anjing tersebut diminta untuk mencari sampel tekanan peserta (diambil pada akhir tugasan) manakala sampel santai orang yang sama (diambil hanya beberapa minit sebelum tugas bermula),” kata Wilson.


Jels beliau, secara keseluruhannya, anjing boleh mengesan dan mempamerkan tingkah laku berjaga-jaga pada sampel yang diambil semasa tekanan sebanyak 675 daripada 720 ujian.


Penulis menyimpulkan bahawa anjing boleh mengesan bau yang berkaitan dengan perubahan dalam Sebatian Organik Meruap yang dihasilkan oleh manusia sebagai tindak balas kepada tekanan.


“Penemuan ini memberitahu kita lebih lanjut tentang hubungan manusia dan anjing serta boleh diaplikasikan untuk latihan kecemasan serta perkhidmatan anjing PTSD yang kini dilatih untuk bertindak balas terutamanya kepada isyarat visual.


“Kajian ini menunjukkan bahawa anjing boleh membezakan antara nafas dan peluh yang diambil daripada manusia sebelum dan selepas tugasan yang menimbulkan tekanan dengan ketepatan 93.75%.


“Penemuan ini memberitahu kita bahawa tindak balas tekanan akut, negatif serta psikologi telah mengubah profil bau nafas kita atau peluh dan anjing dapat mengesan perubahan bau ini,” terang Wilson lagi.


Sumber - RELEVAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Thunderclouds at 15-5-2024 09:22 AM

Sayangnya kt sini kalo guna anjing silap² anjing pon kna abes kna boikot. Mcm tadak haiwan lain katanyehhhhhhh.. Baik train babi teruss..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 11:57 AM | Show all posts
Oo tu sbb anjiong bole tau org tu takut anjing ke tak.. yg takut anjing kene kejor le jwbnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.270199 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list