CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9387|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki ceroboh balai polis, cuba rampas submesingan berada di bawah pengaruh alkohol

[Copy link]
Post time 19-5-2024 05:03 PM | Show all posts |Read mode

LELAKI ditahan selepas cuba merampas submesingan jenis HK MP5 dalam milikan anggota di pintu pagar Balai Polis Dato Keramat, hari ini. FOTO Zuhainy Zulkifli

Georgetown: Polis mengesahkan lelaki yang ditahan kerana cuba merampas senjata api dalam kejadian di Balai Polis Dato Keramat di sini, hari ini berada di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, suspek yang berusia 35 tahun masing-masing mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.

"Ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengambilan dadah.

"Permohonan reman dibenarkan selama empat hari sehingga 22 Mei bagi membantu siasatan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan; 506 Kanun Keseksaan dan 90 Akta Polis 1967," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan lelaki dengan empat rekod lampau ditahan selepas cuba merampas submesingan jenis HK MP5 dalam milikan anggota di pintu pagar balai polis berkenaan, di sini, awal pagi hari ini,

Hamzah berkata, dalam kejadian jam 4 pagi itu, anggota yang bertugas di balai berkenaan didatangi lelaki tempatan yang berada di bawah pengaruh alkohol.

Katanya, suspek kemudian bertindak mengarah anggota berkenaan bagi membuka pintu pagar sambil memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.

"Anggota polis yang bertugas sudah beri amaran dan nasihat kepada suspek supaya beredar serta tinggalkan kawasan balai.

"Suspek enggan dan terus menghampiri anggota polis itu sebelum merampas senjata api jenis HK MP5 yang disandang anggota berkenaan namun berjaya dihalang.

"Suspek kemudian mengambil topi keledar dan cuba menyerang anggota polis itu menyebabkan berlaku pergelutan semasa proses tangkapan," katanya

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-di-bawah-pengaruh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.555426 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list