CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8546|Reply: 0

[Kedah] TERKINI: 'Saya baru hantar isteri ke KLIA, terkejut bila dapat khabar kematiannya'

[Copy link]
Post time 19-5-2024 08:20 PM | Show all posts |Read mode
TERKINI: 'Saya baru hantar isteri ke KLIA, terkejut bila dapat khabar kematiannya'


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Mei 19, 2024 @ 8:08pm [email protected]




Anggota MALBATT 850-11, Allahyarham Sarjan Faridah Abd Rahmah dilaporkan meninggal dunia, semalam ketika bertugas di Lubnan. - Foto ihsan ATM





PENDANG: "Saya terkejut apabila dapat berita isteri meninggal dunia kerana kami sekeluarga baru sahaja menghantar dia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk kembali menyambung tugas di Lubnan," kata Noor Azmi Ariffin.

Noor Azmi, 39, adalah suami kepada Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL), Sarjan Faridah Abd Rahman, 38, yang meninggal dunia di Lubnan, semalam.

Beliau berkata, isterinya dalam keadaan baik dan sihat ketika mereka menghantarnya di lapangan terbang itu kelmarin (Jumaat).

Katanya, Allahyarhamah sebelum ini pulang bercuti selama sebulan dan dia tidak menyangka hari Jumaat lalu merupakan menjadi pertemuan terakhirnya bersama empat orang anak mereka.

"Isteri saya sebelum ini pulang bercuti di kampung kira-kira sebulan. Pada Jumaat baru ini kami sekeluarga termasuk anak-anak hantar dia ke KLIA sebab cuti dia dah tamat.

"Semasa perjalanan pulang ke Kedah, saya ada singgah di rumah abang dulu, belum pun sempat tiba di kampung, saya dapat berita daripada Panglima isteri meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Noor Azmi, berkata isterinya yang sudah 18 tahun berkhidmat tidak mempunyai sejarah sebarang penyakit dan kelihatan ceria ketika pulang bercuti baru-baru ini.

"Dia memang tak ada sakit apa sebelum ini,kalau ikut peraturan pun hanya anggota dan pegawai yang sihat sahaja akan dihantar bertugas di Lubnan sebab itu kami pun terkejut sebab dia nampak sihat sahaja," katanya.

Beliau berkata, ketika ini jenazah isterinya masih berada di Lubnan dan akan dibawa pulang ke kampung di Sungai Mati Tobiar setelah selesai urusan bedah siasat.

"Setakat ini saya cuma tunggu maklumat dari kem sahaja dan ikut perancangan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kampung Tualang," katanya.

Allahyarhamah Faridah yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850-11 di Kem Marakah, Lubnan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan MALBATT 850-11 apabila rebah setelah turun dari bas di Kem Marakah.

Allahyarhamah disahkan meninggal dunia pada jam 2.25 pagi waktu Lubnan, Sabtu (7.25 pagi waktu Malaysia).

Beliau meninggalkan empat orang cahaya mata berusia antara empat hingga 13 tahun.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.165959 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list