KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh terhadap pekerja wanita pusat aksesori telefon di Manggatal, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada jam 8.30 malam.
Mengikut laporan mangsa, suspek dikatakan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan kemaluannya sambil bercakap di telefon.
"Suspek dikatakan bukan pelanggan biasa di kedai berkenaan dan tidak pernah dilihat datang ke kedai berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Polis masih menjejaki suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek supaya tampil membantu siasatan.
BH
|