View: 5107|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Lelaki hilang ketika mendaki Bukit Hill Top, 4 hari lalu
[Copy link]
|
|

Usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Bukit Hill Top Batu Kawan, sejak empat hari lalu giat dijalankan pasukan keselamatan. -Foto NSTP/ Ihsan APM Pulau Pinang
BATU KAWAN: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas berjoging dan mendaki bersendirian di Bukit Hill Top Batu Kawan, di sini, sejak empat hari lalu.
Mangsa yang dikenali Muhammad Azfar Ismail, 29 dikatakan keluar dari rumahnya di Taman Mutiara kira-kira jam 5 petang untuk berjoging dan mendaki di bukit terbabit.
Bagaimanapun, mangsa didapati tidak pulang ke rumah dan menyebabkan ahli keluarganya bimbang dan abangnya membuat laporan kehilangan pada jam 11.59 malam, Sabtu lalu.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan selepas menerima laporan kehilangan mangsa.
Katanya, pasukan keselamatan terdiri daripada polis , Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan APM negeri dengan bantuan orang awam menjalankan SAR sejak mangsa dilaporkan hilang sehingga hari ini.
"Sehingga kini, SAR masih dijalankan, semua agensi terbabit turut menambah bilangan petugas dan penduduk kampung turut membantu mencari mangsa di kawasan bukit seluas kira-kira lima kilometer (km).
"Pencarian agak sukar berikutan mangsa dipercayai tidak membawa telefon namun usaha menjejaki mangsa giat dilakukan " katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Difahamkan, bukit itu menjadi tumpuan pendaki untuk berjoging pada sebelah petang terutama ketika hujung minggu.
https://www.bharian.com.my/berit ... ill-top-4-hari-lalu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|