View: 4641|Reply: 6
|
Syafiq Kyle Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Punya Feel Tu Hebat”
[Copy link]
|
|
Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle, merupakan seorang pelakon hebat di Malaysia. Syafiq sering mendapat watak utama dalam drama dan filem-filem tempatan. Beliau merupakan naib juara Hero Remaja 2011/12 dan mula dikenali menerusi drama bersiri Tanah Kubur.
Pada Januari yang lalu, Syafiq telah selamat mengikat tali pertunangan bersama pelakon wanita Malaysia iaitu Mimi Lana dan dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Namun pada November yang Lalu, dikatakan perkahwinan mereka dibatalkan serta kedua-duanya tidak memberikan sebarang kenyataan mengapa iainya dibatalkan.
Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @alexiafash yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 103 ribu, tanda suka sebanyak 7,291 dan sebanyak 59 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syafiq Kyle yang sedang menyanyi semasa zamannya menyertai pertandingan Hero Remaja dahulu.
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa tidak menyangka Syafiq Kyle boleh menyanyi walaupun nyanyiannya tidak sehebat penyanyi sebenar. Tambah mereka lagi, mereka meminati Syafiq Kyle kerana bukan sahaja mengenai paras rupanya, akan tetapi bakat lakonannya yang sangat memukau.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Sumber : Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
Good luck Syafiq Kyle, semoga maju jaya meniti karir sbg anak seni M'sia. Semalam saya nonton filem 'Sheriff'. 5 bitang untuk filem trs dgn lakonan pelakon2nya yg hebat dn tak mengecewakan, termasuk SK. Semoga SK pandai jaga diri dn tidak terlibat dgn hal2 kontroversial. |
|
|
|
|
|
|
|
nak nyanyi tu belakang sikit dr mic tu
tok nas yg pesan bkn iol eh
|
|
|
|
|
|
|
|
sabar ya belakang sikit, esok iols nak gi tengok movie chuols |
|
|
|
|
|
|
|
Muka capik ni ada iras muka awie. Dedulu ingat dia ni sedara dgn awie |
|
|
|
|
|
|
|
Capik ni jumpa depan2 mmg cute habis hehe |
|
|
|
|
|
|
|
belakang sikit capik, tak dengar |
|
|
|
|
|
|
| |
|