CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13702|Reply: 12

[Tempatan] MB Perlis digesa letak jawatan, lemahhhhh!

  [Copy link]
Post time 23-5-2024 11:31 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencadangkan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli melepaskan jawatan kerana kepimpinannya lemah dalam mentadbir negeri itu.


Pemimpin UMNO itu berkata, kepimpinan Mohd Shukri terbukti lemah apabila anak dan bekas setiausaha politiknya pun boleh melakukan penyelewengan.


Bagaimanapun Puad berkata, beliau yakin Pas akan tampil dengan jawapan hipokrit membela Menteri Besar Perlis itu.

“Apa pun Shukri wajar letak jawatan. Tidak patut anak dan setpol dia buat kerja itu. Ia tidak akan berlaku kalau Shukri bukan MB. Pentadbiran dia lemah.


“Mujur Perlis negeri miskin. Tidak ada projek mega boleh disonglap. Dengan pentadbiran yang lemah dan mudah ditipu Perlis akan tambah mundur.


“Nama Islam makin tercemar seperti pesta bikini di Aloha Beach Party, Summer Bay Resort, Pulau Lang Tengah, Trengganu ‘Darul Iman,” katanya menerusi hantaran di Facebook.


Semalam, media melaporkan anak kepada Menteri Besar Perlis akan didakwa di mahkamah berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000, esok.


Sumber berkata, pertuduhan ke atas anak Menteri Besar itu akan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.


Sementara itu Mohd Puad berkata, Pas akan beri jawapan bahawa mereka yang didakwa belum didapati bersalah.


“Maka tidak ada sebab MB Perlis letak jawatan atau kosongkan kerusi DUN Sanglang.


“Lagi pun bukan MB Perlis yang kena dakwa. Dia pun tidak petahankan perbuatan anaknya.


“Semua itu jawapan hipokrit. Rakyat tidak perlu hairan. Tak payah cakap PAS parti Islam. PAS bukan parti Islam. Haram pada orang lain, halal pada Pas,” kata Puad – MalaysiaGazette


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2024 07:38 AM | Show all posts
anggaplah ini satu bentuk kifarah kepada pemimpin PAS. selama ini kerap sebut kata2 cacian kepada pihak lain. hari ini kn batang hidung sendiri semua pakat 'jaga aib' kepimpinan PAS.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2024 11:47 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Muda lg dah xde rambut. Kesian
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang 47 kes tu?


Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 01:49 AM | Show all posts
Alohaaaaaaa.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2024 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sikit² islam tcemar sbb parti aloha parti bikini blah blah bleeh..
Lobai ni ckp depan cermin gamaknye.
Tu pasey budak² tahfiz dok kena liwat & lapar poen budak pompuan belasan tahun wat jd bini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat lagi masa dia naik jd MB tu org mcm tak impress ngn dia punya resume sbb diploma ke apatah aku lupa dah ke aku salah org.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Memalukan agama, bangsa Dan negara. Org lain keje pnt2 Cr duit ko sng2 buat claim palsu. Mb should take responsibility la kalo ada kemaluan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerabat politician tu kalo takde kes rasuah/kronisme tu pelik
Mmg akan ada punya....
Nama pun politik, bukan agama.
Mmg keje nak tarah hasil jer
Malu, dosa letak tepi....


Btw, puad ni lupa agaknya kes yg 47 tu.. yg biliyun² tu lupa ke???
Yg viral dlm ES tu mcmana?
Yg piji nye anak ikut pm tu guana pulakkk??
X cakap dpn cermin kah
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 24-5-2024 07:13 AM
Ingat lagi masa dia naik jd MB tu org mcm tak impress ngn dia punya resume sbb diploma ke apatah aku ...

Setau iols MB ni dulu cikgu. Cikgu Shukri. Ngajor kat sekolah sepupu iols kat pulau nyior jitra tak silap.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 09:56 AM | Show all posts
Sehauk2 BN masa jadi kjaan negeri berpuloh tahun blom ada lagi kes sakau..PAS ambik alih je jadi gini


mujurla Pegelis tu negeri x berapa kaya..kalo tak ntah berapa bilion kena sakau dgn puak lobai penonggang



Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 10:05 AM | Show all posts
berani tul Fuad sindir kat Boss (wak J)..... suh letak jawatan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.062432 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list