CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10235|Reply: 91

[Tempatan] Update:Satu Malaysia kena 'game':Pasangan Viral Bawa Bayi 11 Bulan Tidak Larikan Diri Tetapi Pergi Isi Borang Nikah

  [Copy link]
Post time 26-5-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 27-5-2024 06:22 AM

Alor Setar: Pasangan tular kerana membawa bayi lelaki berusia 11 bulan yang menghidap paru-paru kronik menunggang motosikal akan dinikahkan dalam waktu terdekat ini.

Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Mualim berkata, lelaki berusia 36 tahun itu hadir ke pejabatnya di masjid berkenaan jam 3 petang tadi.

Katanya, lelaki itu datang membawa dokumen lengkap untuk mengisi borang pernikahan bersama pasangannya yang berusia 35 tahun itu.

"Saya turut membantu dia mengisi borang kahwin dan menasihatkannya supaya mengikut tatacara perkahwinan termasuk pemeriksaan HIV dan sebagainya

Dia akan segera menghantar borang pernikahan ini di Pejabat Agama Daerah Kota Setar.

"Apabila selesai semua urusan itu dan mereka mengikut panduan semua lengkap, urusan pernikahan akan dilakukan segera," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, sumber memaklumkan pasangan ini tidak melarikan diri sebaliknya melakukan segala urusan untuk mempercepatkan proses pernikahan mereka.

Bagaimanapun, mereka tidak menjawab panggilan telefon kerana mempunyai urusan tertentu.

www.hmetro.com.my/utama/2024/05/1094463/pasangan-tular-muncul-isi

Alor Setar: Pasangan yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan menunggang motosikal dengan memakai alat pernafasan yang tular baru-baru ini dipercayai sudah menghilangkan diri.



Pihak media cuba menghubungi mereka namun kedua-duanya tidak menjawab panggilan malah turut mematikan talian.

Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi, Seberang Kota Kuala Kedah, Muhammad Hazamer Mualim berkata, pihaknya turut memantau kawasan rumah lelaki berusia 35 tahun itu namun didapati dia gagal dikesan.

Beliau berkata, hanya ibunya yang menghidap angin ahmar berada di rumah itu seorang diri namun dipantau oleh jiran berhampiran.

Pejabat Agama Daerah sudah memberi kebenaran supaya saya memaklumkan kepada pasangan itu untuk menyerahkan dokumen bagi memudahkan proses pernikahan dijalankan.

"Namun sehingga ini, saya tidak menerima apa-apa dokumen daripada mereka dan mereka dipercayai sudah menghilangkan diri," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Hazamer berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menikahkan mereka tetapi perlu menyediakan dokumen lengkap sebelum melaksanakannya.

Media pada 9 Jun tahun 2016 lalu pernah menyiarkan kisah wanita berusia 35 tahun itu bersama anak lelaki ketiganya yang ketika itu berusia lapan bulan yang menghidap pneumonia, chronic obstructive pulmonary disease (COPD) dan asma (lelah).

Hasil laporan media berkenaan, wanita itu menerima banyak sumbangan daripada orang ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa anaknya itu.

Bagaimanapun, kisah wanita itu ditularkan semula Ahad lalu selepas dia dan pasangannya membawa anak mereka yang menghidap paru-paru kronik dengan memakai alat pernafasan menaiki motosikal ke hospital.

Kisah mereka itu turut mendapat perhatian orang ramai termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Disiarkan pada: Mei 26, 2024 @ 12:39pm

www.hmetro.com.my/utama/2024/05/1093760/sampai-bila-bila-pun-rafei-rasyid-dan-rahman-anak-saya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2024 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pmx pun kena game.


Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Deol dipaksa berpisah kan.

Ada baca sikit berita pasal deol tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Deyols tinggalkan orang tua bedridden sorang2 kat rumah? Sib baik ada jiran tlg jenguk.


Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata nak menikah minggu ni?

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung la nak kawen pun smpi org lain uruskan bab2 dokumen segala mala..tinggal bawak diri je..btw,muka jantan tu, sekali lalu x sangka la drug addict jobless ek..nampak muka stail MA klinik kesihatan @ cikgu sekolah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-5-2024 03:30 PM
Deol dipaksa berpisah kan.

Ada baca sikit berita pasal deol tadi.

Tak sanggup berenang lautan api ke?

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tau juga tok laki dia yg kena jel tu, masuk tahun bila?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat sungguh pejabat agama ... amanah dgn tanggungjawab sampai rakyat bersekedudukan bertahun tahun...ustaz2 glamor merata sana sini..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 04:02 PM | Show all posts
me12345 replied at 26-5-2024 03:51 PM
Hebat sungguh pejabat agama ... amanah dgn tanggungjawab sampai rakyat bersekedudukan bertahun tahun ...

tu tanda nak serbu org bersekedudukan bukan mudah,
kene ada org report
kene ada saksi
kene bawa polis

selama dorg buat perangai cmni, mgkin masa pej agama,org masjid dtg dorg tak bersekedudukan , dah takde yg report senyapla kes ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 26-5-2024 04:02 PM
tu tanda nak serbu org bersekedudukan bukan mudah,
kene ada org report
kene ada saksi

Orang pej agama jugak yg kena tuduh mengganggu privacy orang lain.

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asmurai at 26-5-2024 04:55 PM

Maybe pempuan tu dah tak ada orang lain, tak ada sedara mara yang boleh tolong dia kut, bukan tolong dari sudut kewangan maybe tolong dari sudut tenaga kudrat dan masa seperti tolong bawakkan motor nak bawa anak dia ke hospital ke contohnya. Dengan maknya lagi kena angin ahmar. Orang lain pun maybe takut nak datang rumah tolong kang kena tangkap basah ke pulak. Kadang bukan senang nak cari kawan atau geng nak tolong sama sama datang ke rumah tolong, asyik bagi alasan bz aje. Orang miskin sebatang kara dan susah pun nak hidup juga.

Orang lain/orang pejabat agama takdenya nak menolong bawakkan anak ke hospital ke. Semua orang lain pandai carik salah pandai kutuk dan keji aje dan pandai nak menangkap aje. Bab menolong semua buat derkk buat keras kejung tak tau apa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 26-5-2024 04:47 PM
Maybe pempuan tu dah tak ada orang lain, tak ada sedara mara yang boleh tolong dia kut, bukan tolong ...


Mak yg kena angin ahmar tu mak lelaki. Mak perempuan tu sihat lagi, sempat berbalas2 komen kat fb.



Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-5-2024 07:35 AM
Tak sanggup berenang lautan api ke?

Sanggup la tu bila tetiba lenyap bersama2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kantoi mendadih kan..
mesti la kena lari..
kang polis aadk datang rumah dah kena angkut..
kalau takat duduk sekali sampai beranak pinak tu takdenya la dorang nak lari..
ni sebab dah melibatkan undang-undang..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-5-2024 04:39 PM
Orang pej agama jugak yg kena tuduh mengganggu privacy orang lain.

Begitulah keadaan masa kini kome...apa2 yg melibatkan agama terutama Islam... msg2 xcukup kaki tgn nk menuduh....nak mengata itu ini...pastu ada jer justifikasi diorg walau kdg rs mcm nk bg penampor jer bila baca komen yg mcm taik khinzir.....apa blh buat dh termaktub..akhir zaman, Islam akan diperangi bkn setakat dgn kafir tp dgn org yg mengaku muslim juga...entahla.....mmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2024 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-5-2024 05:32 PM
dah kantoi mendadih kan..
mesti la kena lari..
kang polis aadk datang rumah dah kena angkut..


Dahlah kereta tu kaler lime green. Senang nak cam. Tengok dari jauh orang tahu kereta sape


Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 26-5-2024 04:47 PM
Maybe pempuan tu dah tak ada orang lain, tak ada sedara mara yang boleh tolong dia kut, bukan tolong ...

ada byk threads pasal dorang ni kan.. kalau chuols baca one of them, mesti tau citernya & takkan komen mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadikan pengajaran.
Jngn mudah kesian dekat orng.selidik dan siasat latar belakang dulu klau nak bagi derma.

Acik2 fb asyik meratib AIB katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-5-2024 03:32 PM
Kata nak menikah minggu ni?

Bukan ada laki dlm jail ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 22701 Replies : 473
PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate credit pada forumer lain berkuatkuasa hari ini
admin6PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate
Views : 9806 Replies : 95
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 93503 Replies : 1265
SUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku seterika telor kau'
maklukpenggodaSUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku set
Views : 21500 Replies : 72
Kamala pecah rekod
maklukpenggodaKamala pecah rekod
Views : 32472 Replies : 24
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12779 Replies : 98
Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, peguam desak bank bertanggungjawab, khuatir wujud unsur scam
ultra78Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, pegua
Views : 13947 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 121239 Replies : 1642
Kerugian Starbucks tahap kritikal- CEO
maklukpenggodaKerugian Starbucks tahap kritikal- CEO
Views : 31437 Replies : 58
Guru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah team bola sepak
mojarean_XGuru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan l
Views : 17766 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.771243 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list