View: 5406|Reply: 0
|
Guardiola hanya akan kekal semusim lagi - sumber
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/guardiaoefiq2i4te_1716778965.jpg)
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola (tengah) dijangka akan meninggalkan Etihad sebaik kontraknya tamat musim depan. - Foto REUTERS
MANCHESTER: Pep Guardiola dijangka tidak akan melanjutkannya kontraknya bersama Manchester City sebaik ia berakhir pada musim panas tahun depan.
Pengendali dari Sepanyol itu menyertai kelab Etihad lapan tahun lalu, dan kontraknya hanya berbaki 12 bulan yang dipercayai menjadi musim terakhir Guardiola bersama City.
City akan memberikan ruang kepada Guardiola untuk menentukan masa depannya - dengan harapan pengendali itu akan terus kekal selepas berjaya merangkul 15 trofi, termasuk gelaran Liga Juara-Juara Eropah pertama kelab berkenaan.
Bagaimanapun pengurusan kelab bimbang ia bakal menjadi tahun terakhir buat Guardiola walaupun pengendali berusia 52 tahun itu tidak menyatakan secara tepat perancangannya sebaik tamat kontrak.
Sekiranya Guardiola meninggalkan City, ia pasti memberi khabar gembira buat pesaing-pesaing Liga Perdana Inggeris selepas kelab Etihad itu mendominasi liga dengan enam kejuaraan dalam tempoh tujuh tahun dan menjadi kelab pertama memenanginya empat kali berturut-turut.
Yang pasti, Guardiola akan kembali musim depan dan cuba melebarkan rekod kepada lima kejuaraan berturut-turut, tetapi destinasinya selepas itu masih menjadi tanda tanya. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... semusim-lagi-sumber |
|
|
|
|
|
|
| |
|