CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8293|Reply: 38

[Tempatan] 'Sudah kahwin, bekerja antara punca tidak hadir SPM 2023 di Sabah'

  [Copy link]
Post time 27-5-2024 06:33 PM | Show all posts |Read mode
'Sudah kahwin, bekerja antara punca tidak hadir SPM 2023 di Sabah'
Oleh Izwan Abdullah - Mei 27, 2024 @ 5:11pm
bhnews@bh.com.my
facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing button

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Nurani Fauziah Derin ditemui pemberita selepas pengumuman keputusan SPM 2023 bagi negeri Sabah di Kota Kinabalu. - Foto ihsan pembaca

KOTA KINABALU: Pelajar sudah berkahwin dan bekerja, selain ada yang meninggal dunia dikenal pasti antara punca ramai calon Sabah tidak hadir menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Punca itu didedahkan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Nurani Fauziah Derin, ketika ditanya faktor ketidakhadiran 984 calon di negeri ini ketika peperiksaan SPM 2023 berlangsung.

Katanya, JPNS menyedari perkara itu sejak hari pertama SPM 2023 dan memberi perhatian apabila ramai calon didapati tidak hadir menduduki kertas peperiksaan.

"Kita dapati ramai yang tidak hadir tapi punca ketidakhadiran itu ada pelbagai faktor, ada yang sudah bekerja, berkahwin dan kembali kepadaNya (meninggal dunia).

"Itu antara faktor yang kita lihat tapi ada juga yang memang mungkin kurang berminat (menduduki SPM)," katanya pada sidang media keputusan SPM 2023 bagi negeri Sabah, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas punca 984 calon SPM 2023 di Sabah tidak menghadiri peperiksaan itu.

Bagaimanapun, katanya jumlah itu menurun berbanding seramai 1,564 calon yang tidak hadir menduduki peperiksaan SPM 2022.

"Insya Allah, kita akan lihat bagaimana kita boleh membantu anak-anak ini. Ada yang memang mungkin kurang minat ke sekolah, tapi insya Allah kita akan lihat apa yang boleh dibantu," katanya.

Nurani mengakui jumlah keciciran menduduki SPM yang besar itu agak membimbangkan kerana kesannya bakal dihadapi pelajar terbabit pada kemudian hari.

"Jumlah itu agak membimbangkan kerana impak mereka ini akan kita lihat kemudian di luar sana nanti di bidang pekerjaan dan juga dalam kehidupan secara menyeluruh.

"Ini kerana SPM ini membuka ruang kepada banyak peluang di luar sana, dengan ada SPM mereka boleh melakukan pelbagai benda untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Jadi, sekiranya anak-anak kita ini tiada SPM, ia akan menjejaskan sedikit kelangsungan hidup mereka kemudian nanti," katanya.

Terdahulu, beliau berkata, Sabah mencatat peningkatan prestasi dalam SPM 2023 dengan Gred Purata Negeri (GPN) 5.09 berbanding 5.22 pada SPM 2022.

Katanya, seramai 484 calon atau 1.38 peratus daripada 35,126 calon SPM dari Sabah pada tahun lalu memperoleh keputusan cemerlang semua A (gred A+, A dan A-) berbanding 344 calon (0.95 peratus) pada SPM 2022.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2024 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepastu dah tua bangke salahkan Semenanjung atau Malaya.

Elok masa kecik dipekup muka diorang ni dgn bantal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2024 07:36 PM | Show all posts
Tunggu keputusan SPM sekolah @dua_chzy
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 27-5-2024 11:36 AM
Tunggu keputusan SPM sekolah @dua_chzy

Weol meningkat dengan jayanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
10k plus tak ambik SPM tahun ni.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2024 08:01 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 27-5-2024 08:00 PM
Weol meningkat dengan jayanya.

Alhamdulillah...tahniah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
okla..senang juga nanti uols nak gajikan pekerja gaji minimum... nanti semua masuk U....nanti demand gaji 3k...last2 xde yg offer..terpaksa ambil juga keja2 yg dikatakan picisan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-5-2024 08:01 PM
10k plus tak ambik SPM tahun ni.

ramainya

apa plak reason pljr semenanjung tak ambil spm??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2024 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Madel at 27-5-2024 12:09 PM

Cousin yg duduk dgn family aku ni
result spm dia 2A-, 2B+, 2C+, 1D,1E
Dia minat kulinari tpi SRT dia pun dapat E., garu kepala aku nak anto dia gi study mana nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 27-5-2024 08:06 PM
Cousin yg duduk dgn family aku ni
result spm dia 2A-, 2B+, 2C+, 1D,1E
Dia minat kulinari tpi SRT di ...


Kalau masuk kolej komuniti tak boleh ke ataupun Giatmara.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 27-5-2024 08:06 PM
Cousin yg duduk dgn family aku ni
result spm dia 2A-, 2B+, 2C+, 1D,1E
Dia minat kulinari tpi SRT di ...

Kolej komuniti lepas dak
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 27-5-2024 12:06 PM
ramainya

apa plak reason pljr semenanjung tak ambil spm??

2022 kot if tak silap, paling ramai - 30k.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 27-5-2024 12:01 PM
Alhamdulillah...tahniah


Tenkiu. Aiol hepi sebab dari 149 orang calon, 15 orang ja gagal BI. Majoriti dari kelas yang bermasalah kehadiran. Gred purata pun naik so hokeh la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak manja bongsu iolls average student sajork...mmg iolls xde nak angan besar2an...iolls bgtau make sure score English tip top utk TESL atau pun Eng-Corp Comm..aritu iview Asasi TESL UiTM x mo attend...UiTM Diploma Eng-Corp Comm offered only di Alor Gajah n Segamat..koser la nak ngantar jauh2..so iolls daftar MARA jugak under KUPTM...dah dpt pun offer letter lps byr registration fee...hari2 lalu dpn Uni tu otw g ofis....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 27-5-2024 12:06 PM
Cousin yg duduk dgn family aku ni
result spm dia 2A-, 2B+, 2C+, 1D,1E
Dia minat kulinari tpi SRT di ...

Result gini boleh carik makan. At least 6 subjek kredit.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 27-5-2024 01:35 PM
Kalau masuk kolej komuniti tak boleh ke  ataupun Giatmara.

Tak tahu la , tapi nnti aku cuba la
rasa boleh lepas kot cuma nya takut course yg dia nak tu tak lepas credit.
huhu
Trial spm aritu dpt 4A tiber exam dpt 2A..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
fattymah replied at 27-5-2024 01:48 PM
Kolej komuniti lepas dak

Lagi survey2 ni mana2 yg dia boleh mohon
dia cuma nak kulinari,sbb dia mmg minat memasak, f&b ni.
Kalau tak dpt, ku suruh dia kerja kat mana2 restoran,bakery dulu la cari pengalaman
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 11:14 AM | Show all posts
yg meninggal tu xleh kata apa la kan...yg lain2 tu..adoii semua nk jd influenza ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2024 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 28-5-2024 02:20 AM
Result gini boleh carik makan. At least 6 subjek kredit.

Skrg kan gomen nak fokus balik bidang kemahiran dan tvet. Boleh cuba aliran ni. Kita faham bukan semua orang minat baca buku aje. Bidang kemahiran ni hands-on dan sesetengah orang suka benda ni. Kalau ajar pasang,cuci dan service aircond pun insyaallah akan ada orang perlukan service berkenaan. Boleh cari makan la daripada lulusan akademik universiti yang hanya tahu teori.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 03:07 PM | Show all posts
reenz013 replied at 28-5-2024 03:14 AM
yg meninggal tu xleh kata apa la kan...yg lain2 tu..adoii semua nk jd influenza ke

jadi retis je chuols, takpun buat live menunggu gift
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.072867 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list