CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7507|Reply: 16

[Tempatan] Faedah vaksin Astrazeneca lebih besar berbanding kesan sampingan - Dr Noor Hisham

[Copy link]
Post time 27-5-2024 06:44 PM | Show all posts |Read mode
Faedah vaksin Astrazeneca lebih besar berbanding kesan sampingan - Dr Noor Hisham
Oleh Suraya Ali - Mei 27, 2024 @ 6:27pm
suraya.ali@bh.com.my

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Jumlah kematian akibat infarksi miokardium (serangan jantung) terlalu rendah ketika pandemik COVID-19 bagi menolak vaksin Astrazeneca untuk kegunaan orang awam.

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengakui pihaknya sudah sedia maklum mengenai kesan sampingan vaksin itu.

"Kami tahu. Semua vaksin ada kesan sampingan, kami juga tahu jika diumumkan, orang awam takkan mahu dapatkan (vaksinasi), itu keputusan kami perlu ambil (ketika wabak COVID-19)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta mengenai komen beliau susulan kenyataan syarikat farmaseutikal Astrazaneca yang mengakui kesan sampingan penggunaan vaksin COVID-19 keluaran syarikat itu.

Dr Noor Hisham berkata, bagi meyakinkan rakyat ketika negara berdepan dengan jumlah kematian tinggi akibat COVID-19, kerajaan membuat keputusan memulakan program vaksinasi dengan barisan hadapan negara.

"Selepas itu kami mengumumkan vaksin itu adalah untuk siapa cepat, dia dapat. Dalam masa singkat kita berjaya menghabiskan semua vaksin COVID-19 oleh Astrazaneca ketika itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis di Persidangan Kemanusiaan Antarabangsa 2024 (MMIHC) anjuran Mercy Malaysia di sini, hari ini.

Persidangan tiga hari itu bermula hari ini dengan menghimpunkan pakar perubatan dan pelbagai pihak berkepentingan untuk berkongsi pandangan mengenai usaha menangani isu mendesak dan memacu tindakan kemanusiaan global.

Dr Noor Hisham berkata, kerana menyedari kesan sampingan vaksin, kerajaan turut menubuhkan Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK) untuk melaporkan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) .

Beliau berkata, terdapat beberapa perbincangan mengenai samada vaksin menjadi punca kematian.

"Tanpa bukti, kita tidak boleh buktikan kematian disebabkan vaksin. Sebagai contoh kemalangan jalan raya, adakah akan menyalahkan vaksin kerana pemandu sudah divaksinasi," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, tiada peningkatan kes kematian akibat infarksi miokardium untuk data pra pandemik dan ketika pandemik untuk dijadikan faktor menolak vaksin ketika itu.

"Vaksin Polio boleh menyebabkan penyakit Polio, satu dalam sejuta. Tidak ada perubatan yang menjamin 100 peratus vaksin tanpa kesan sampingan.

"Vaksin boleh menyebabkan kematian tapi keberangkaliannya sangat rendah," katanya.

Dr Noor Hisham menegaskan, jika negara tidak menjalankan program vaksinasi, Malaysia mungkin masih tidak boleh buka sempadan negara kepada semua.

"Dengan vaksin, kesan jangkitan adalah rendah. Sebelum vaksinasi, kita terpaksa gunakan kontena untuk menyimpan mayat mangsa Covid," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2024 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau diam je lah babi anjing sis. Sedangkan founder astrazeneca pun akur dan mengaku salah, kau pulak berbunyi bikin ummah marah sissy. Semoga kau terkena covid sekali lagi dek.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 07:01 PM | Show all posts
mmg dilema laa
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 07:10 PM | Show all posts
pooh~key replied at 27-5-2024 06:49 PM
Kau diam je lah babi anjing sis. Sedangkan founder astrazeneca pun akur dan mengaku salah, kau pulak ...

skrip robot dari sama geng dia jemilah mahmood mercy
bagitau kat depan muka family mangsa #cucukmyazz termasuk yg semalam


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
well... apo kesah kesan sampingan hanya bertukar alam jer...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by arnauld at 27-5-2024 11:06 PM

Sinovac langsung tak der kesan sampingan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2024 02:36 AM | Show all posts
@atira tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
5.6 juta rakyat Malaysia yg terima vaksin astrazaneca ni akan meninggal dunia semuanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2024 11:07 AM | Show all posts
korang dok makan ayam lobai Darsa tu pon ada side effect tersumbat salur darah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Yerlah..yg xamik vaksin tuh gerenti hidup slmanya..vampire katakan...

Aku cuma nk tny, yg xamik vaksin nih, korang mmg xmerokok, xmakan makanan berminyak, ada berat badan ideal...rajin bersenam kan? Kalo ya baguslah

Tp kalo mcm kenalan aku sorang nih...beria2 anti vak bagai..tp merokok xtinggal, makan chicken chop lah apalah...mcm lah tabiat mcm tuh takkan dpt salur tersumabt, tiada masalh jantung..hak tuihhhh sgt
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 28-5-2024 04:37 AM
5.6 juta rakyat Malaysia yg terima vaksin astrazaneca ni akan meninggal dunia semuanya

bila tu? senang nak prepare kalau tau awal..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 03:56 PM | Show all posts
LoveSungmin replied at 28-5-2024 01:43 PM
bila tu? senang nak prepare kalau tau awal..

mati itu pasti
bila yang belum tentu lagi


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Gang2 anti vaks apa masalah ntah. Dah x ambik vaks duduk diam2 enjoy the life sudah. Apa lg mau kecoh2
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
#cucukmyaz


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga x ada cucuk² lagi dah lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang tahu ada kesan sampingan. Lepastu tak nak bagitau takut semua takank vaksin. Lepastu paksa sign risiko tanggung sendiri. Jahat ya..dah lama rancang kan. Kesan sampingan tu korang dh tau tapi pandai2 la yang dapat tu tanggung sendiri kanm yela...tak ramai dapat katanya. Tapi still ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 28-5-2024 04:23 PM
#cucukmyaz

#gengAZhadir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.081880 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list