Perdana Menteri Anwar Ibrahim ditanya mengenai kemungkinan harga diesel diapungkan susulan penyasaran subsidi bahan api itu.
Perdana menteri minta media tunggu pengumuman menteri kewangan II mengenai keputusan sama ada harga diesel akan diapungkan.
KUALA LUMPUR: Tunggu pengumuman Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, mengenai keputusan sama ada harga diesel akan diapungkan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Tunggu pengumuman MKII (menteri kewangan II),” katanya kepada pemberita pada forum ekonomi dan kewangan Islam, ketika ditanya mengenai kemungkinan kerajaan akan mengapungkan harga diesel susulan keputusan melaksanakan penyasaran subsidi bahan api itu.
Mengenai permintaan penggiat industri supaya kerajaan memperluaskan senarai penerima subsidi diesel, Anwar meminta perkara itu dirujuk kepada Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali.
Mengulas kebimbangan pengusaha restoran bahawa kenaikan kos pengangkutan akan ditanggung pengguna, perdana menteri berkata kerajaan sudah mengambil langkah yang secukupnya bagi menangani perkara itu.
Dalam perutusan pada 21 Mei lepas, Anwar berkata Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel, sekali gus memberi penjimatan sekitar RM4 bilion setahun kepada kerajaan.
Penyasaran itu tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.
Di samping itu, kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi diesel kepada perniagaan tertentu yang menggunakan kenderaan komersial diesel untuk mengurangkan potensi kesan kenaikan harga secara mendadak terhadap barangan dan perkhidmatan.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 28-5-2024 04:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by tripleid at 28-5-2024 05:53 PM
Skuau replied at 28-5-2024 03:13 PM
dicuri rakyat asing yg 'keberadaan' mereka di negara ini...atas 'IZIN' KERAJAAN MSIA jugak....mmmm ...
Yg bawak masuk ramai2 makhluk asing tu masa zaman Umngok..bila dah rmai beranak pinak kat sini gomen skrg lah yg kena cuci..sbb tu semenjak dua menjak ni kerap kluar berita imigresen byk buat operasi tangkap pati,roboh penempatan haram yg jarang2 dibuat oleh gomen2 sblm ni..