View: 2088|Reply: 0
|
Euro: Itali sukar pertahan gelaran
[Copy link]
|
|
ITALI diramal gagal mempertahankan gelaran juara pada kempen Euro kali ini ekoran kegagalan memiliki skuad yang stabil. - AFP
MILAN – Pengendali berpengalaman dari Sweden, Sven-Goran Eriksson percaya skuad kebangsaan Itali sukar untuk mempertahankan kejuaraan Euro 2024 kerana pasukan itu tidak memiliki kekuatan seimbang seperti edisi yang lepas.
Eriksson yang pernah membimbing beberapa kelab Serie A seperti Lazio dan Sampdoria mengakui empat negara lebih layak dilabel pilihan pada kempen kali ini seperti England, Perancis, Sepanyol dan Jerman.
“Saya rasa sukar untuk Itali mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka, tetapi saya sangat berharap mereka berjaya menafikan ramalan saya dengan melangkah sejauh mungkin.
“Di atas kertas, buat masa ini pilihan terbaik adalah England dan Perancis kerana pasukan mereka cukup sempurna. Selain itu kita tidak boleh nafikan kekuatan Sepanyol serta Jerman yang beraksi selaku tuan rumah,” katanya.
Mengulas lanjut, Eriksson yang juga bekas pengendali The Three Lions percaya salah satu punca Itali kurang menyengat ketika ini adalah disebabkan saingan Serie A yang tidak begitu kompetitif dan jauh ketinggalan berbanding liga-liga negara pesaing.
“Ketika era 80-an atau 90-an, kita boleh katakan Serie A adalah saingan liga No. 1. Namun, situasi ketika ini sangat berbeza kerana Liga Perdana Inggeris (EPL) cukup menarik serta konsisten sepanjang tahun.
“Namun, kita boleh lihat kelab-kelab di Itali berusaha untuk bangkit semula dan anda boleh saksikan bagaimana mereka mendominasi saingan Eropah seperti Atalanta menang Liga Europa baru-baru ini,” katanya.
Itali telah diundi dalam Kumpulan B bersama Sepanyol, Croatia dan Albania. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... r-pertahan-gelaran/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|