CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6148|Reply: 50

[Tempatan] Rakyat Malaysia pengguna dompet mudah alih tertinggi di dunia

  [Copy link]
Post time 28-5-2024 08:16 PM | Show all posts |Read mode
Rakyat Malaysia pengguna dompet mudah alih tertinggi di dunia
Oleh Bernama - Mei 28, 2024 @ 7:35pm

41 peratus rakyat Malaysia kini bergantung pada penyelesaian berdaya mudah alih seperti sentuh untuk bayar -NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan itu untuk membeli belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen.

Ini adalah kadar penggunaan tertinggi di seluruh dunia, menurut Adyen Index 2024, tinjauan berasaskan laporan runcit daripada lebih 38,000 pembeli serta 13,000 peniaga di 26 pasaran termasuk lebih 1,000 pengguna dan 500 perniagaan di Malaysia, yang dijalankan mulai 15 Januari hingga 1 Februari 2024.

Adyen berkata. pengguna Malaysia sedang beralih daripada dompet fizikal, dengan 41 peratus kini bergantung pada penyelesaian berdaya mudah alih seperti sentuh untuk bayar.

"Pembeli Malaysia cenderung kepada kaedah pembayaran yang cepat dan mudah, merangsangkan lagi permintaan bagi pengalaman dalam kedai yang diperkemas seperti kiosk serta pembayaran satu klik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai populariti urus niaga sosial dalam kalangan pengguna, indeks itu menunjukkan bahawa 73 peratus rakyat Malaysia menggunakan media sosial untuk membeli-belah, jauh lebih tinggi daripada purata global sebanyak 44 peratus.

"Rakyat Malaysia juga membeli-belah di platform itu kira-kira enam kali sebulan," kata Adyen.

Firma penyelidikan itu juga mendapati bahawa golongan milenial berkemungkinan menjadi pengguna pembeli terbesar di platform media sosial berbanding mana-mana kumpulan umur lain, dengan 80 peratus mengaku telah membuat transaksi dalam 12 bulan lalu.

Pengguna Gen Z mencatat pertumbuhan terbesar, daripada semua pengguna Gen Z yang telah membeli-belah di media sosial sejak 12 bulan lepas, 17 peratus adalah pembeli kali pertama.

Menyedari potensi pertumbuhan itu, perniagaan telah menyesuaikan diri dengan strategi agar sejajar dengan pilihan pelanggan yang semakin berkembang, kata Adyen.

"Sebanyak 73 peratus peruncit Malaysia melaporkan pertumbuhan hasil selepas terlibat dengan perdagangan sosial," katanya.

Berdasarkan tinjauan itu, 45 peratus pengguna turut menyatakan kesetiaan kepada peruncit yang memudahkan pembelian terus melalui platform media sosial, menekankan keperluan untuk pengalaman pelbagai saluran yang lancar dalam memupuk kesetiaan pelanggan.

Pengurus Negara Adyen Malaysia, Soon Yean Lee, berkata penemuan baru-baru ini mendedahkan peralihan ketara ke arah pembayaran digital serta perdagangan sosial dengan pengguna Malaysia menerajui trend global dalam penggunaan dompet mudah alih.

"Untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan dan mengekalkan daya saing, perniagaan mesti lincah dalam memenuhi keutamaan penggunaan yang berubah-ubah ini," katanya.

-BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2024 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Serabut aih nak berkelek henset merata2 for transactions... aku lebih suka tepek kad kredit kat terminal payment...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 28-5-2024 08:19 PM
Serabut aih nak berkelek henset merata2 for transactions... aku lebih suka tepek kad kredit kat term ...

Lately ni bukak apps pn lembab mcm lembu nk lintas jln.sng wave card je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2024 08:32 PM | Show all posts
green~tea replied at 28-5-2024 08:19 PM
Serabut aih nak berkelek henset merata2 for transactions... aku lebih suka tepek kad kredit kat term ...

Saya pun prefer pakai kad. Tapi tak semua ada POS terminal sebab merchant tak mahu bayar caj bank.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 28-5-2024 08:32 PM
Saya pun prefer pakai kad. Tapi tak semua ada POS terminal sebab merchant tak mahu bayar caj bank. ...

Ya lah.. kalo nak beli gor pis tu mmg terpaksa laa pakai ewallet jugak
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-5-2024 08:47 PM | Show all posts
green~tea replied at 28-5-2024 08:34 PM
Ya lah.. kalo nak beli gor pis tu mmg terpaksa laa pakai ewallet jugak

Kedai aceh depan rumah saya pun boleh bayar pakai paywave & ewallet. Kedai dobi pun accept paywave.Tapi kedai mamak sebelah yg buka 24 jam takde pula option bayar pakai kad.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus qr payment & ewallet ni. Tapi risiko juga bila apps bank tu down & duit mmg kat bank tu mcam kes MAE apps & kad bank down berjam2 few days ago. Mmg kena maki la maybank bila customer tak lepas nak bayar brg or makanan kt kedai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2024 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 28-5-2024 08:47 PM
Kedai aceh depan rumah saya pun boleh bayar pakai paywave & ewallet. Kedai dobi pun accept paywave ...

Kedai india kat cyber chennai express tu okay je ada terminal... kedai mamak maju mana u slalu gi ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kitaserupaaa replied at 28-5-2024 09:13 PM
Bagus qr payment & ewallet ni. Tapi risiko juga bila apps bank tu down & duit mmg kat bank tu mcam k ...

Ni mcm adik i terkena masa nak beli mercun berbakul kat penang bulan puasa haritu.. masa dia kat kedai meecun tu lah maybank  MAE down, kad pun down...

Mujur adik ipar dia bawak cash.. so dpt le bayar mercun tu.. dlm 2k jugak abes sbb beli utk kitorang skali
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
masih selesa guna tunai bt masa ni

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ummah sini memang laju kan adapt bab2 teknologi baru ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 28-5-2024 08:19 PM
Serabut aih nak berkelek henset merata2 for transactions... aku lebih suka tepek kad kredit kat term ...

Ada tempat xoffer terminal port tu. sama ada qr atau cash
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
I terkejut juga bukan china no 1. Betul ke kajian ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 29-5-2024 07:09 AM
Ada tempat xoffer terminal port tu. sama ada qr atau cash


Sejak covid dulu mmg i dah stop pakai cash sbb mcm dah geli nak sentuh....

Kecuali duit raya baru lah kan.. itu pun sbb i kasi kat org.. duit utk anak i, bubuh siap2 dlm beg sling dia.. pehtu abes musim raya terus masukkan duit2 tu dlm savings asb anak


Then ewallet pun i keep to 2 je.. MAE and TNG
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 29-5-2024 07:10 AM
I terkejut juga bukan china no 1. Betul ke kajian ni?

Logik je rasanya.. sbb kedai2 tepi jalan nak beli souvenir ke apa kat uk ke memana.. samada cash or card...

Kalo turkiye ke mana, mostly cash... ewallet ni payoh le sikit..

Pastu i gi singapore haritu mcm ok jugak dia accept MAE tu pun sesetengah kedai je.. indon boleh swipe card memana, QR mcm tak byk sgt option kedai amek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2024 07:51 AM | Show all posts
memang sesuai utk org malas mcm i olls...skang g tapau or lunch bwk fon je senang g baayar kat semua tempat...card pon jrg guna dah..yg terbaru spaylater pon siap da boleh guna kat byk kedai...lg lah bertambah senang semua benda ewallet...xsia2 LGE bg 30 henggek..awareness penggunaan ewallet makin meningkat
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap lps ni blh bayar guna biometrics jer. Scan mata ok setel. Lg pantas Dan mudah. Btw iols sendiri pun pengguna tegar wallet.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 28-5-2024 03:10 PM
I terkejut juga bukan china no 1. Betul ke kajian ni?


Aku rasa china itu besar rural area masih guna cash... Di big cities prolly banyak option untuk buat payment... Rasa nya same seperti US segala jenis payment method depa terima ter masuk cheque di store.. Restaurant etc.... Maybe malaysia not much option... CC aku banyak stores di malaysia tidak boleh guna kena guna visa ... Decent CC and e payment saja...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 28-5-2024 09:17 PM
Kedai india kat cyber chennai express tu okay je ada terminal... kedai mamak maju mana u slalu gi  ...

Kedai dalam taman perumahan aje. Takde nama maju. Mungkin sebab tu kot. Haha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate credit pada forumer lain berkuatkuasa hari ini
admin6PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate
Views : 9848 Replies : 98
Padu, persembahan Celine Dion di Olympics
maklukpenggodaPadu, persembahan Celine Dion di Olympic
Views : 31577 Replies : 16
Guru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah team bola sepak
mojarean_XGuru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan l
Views : 19816 Replies : 2
SUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku seterika telor kau'
maklukpenggodaSUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku set
Views : 21572 Replies : 73
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 22701 Replies : 473
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 93503 Replies : 1265
Kamala pecah rekod
maklukpenggodaKamala pecah rekod
Views : 32472 Replies : 24
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12779 Replies : 98
Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, peguam desak bank bertanggungjawab, khuatir wujud unsur scam
ultra78Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, pegua
Views : 13947 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 121239 Replies : 1642

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.068139 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list