CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2663|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiga `keldai akaun' ditahan sebabkan kerugian lebih RM180,000

[Copy link]
Post time 30-5-2024 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Tiga `keldai akaun' ditahan sebabkan kerugian lebih RM180,000


Bernama - Mei 30, 2024 @ 5:28pm





BALIK PULAU: Polis menahan tiga lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berbeza sehingga menyebabkan beberapa mangsa kerugian berjumlah RM184,368.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata ketiga-tiga lelaki itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di beberapa lokasi sekitar negeri ini semalam.

Beliau berkata, tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki berusia 29 tahun dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mendapatkan pekerjaan dalam talian yang tidak wujud.

"Dalam kes itu, mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM94,168," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia 37 tahun pula ditahan selepas disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket phone scam yang menyamar sebagai syarikat penghantar barang dan pegawai polis.

Kamarul Rizal berkata, mangsa membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank berjumlah RM49,000.

Bagi kes ketiga, beliau berkata, polis menahan lelaki berusia 42 tahun kerana menjadi keldai akaun dalam sindiket penipuan love scam melalui dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM41,200.

Katanya, ketiga-tiga suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:52 PM GMT+8 , Processed in 1.201426 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list