CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2664|Reply: 0

[Kelantan] Polis siasat kes salahguna lencana kereta guna nama kerabat Diraja Kelantan

[Copy link]
Post time 5-6-2024 05:27 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMAD Zaki (tengah) menunjukkan lencana kereta yang menggunakan nama kerabat Diraja Kelantan yang dipasang pada kenderaan yang dirampas. FOTO Siti Rohana Idris

Jeli: Empat wanita ditahan termasuk dua ahli pertubuhan sebuah pertubuhan ditahan bagi membantu siasatan penyalahgunaan lencana kereta menggunakan nama kerabat Diraja Kelantan, pada 24 dan 25 Mei lalu.

Keempat-empat mereka berusia antara 19 hingga 64 tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima satu aduan pada 17 Mei lalu oleh pengadu yang melihat satu hantaran di Instagram oleh seorang lelaki yang memaparkan beberapa keping gambar kenderaan Rolls Royce Ghost menggunakan nama Raja Kelantan Asal Bentara Setia Paduka Raja.

"Pengadu menyatakan Pertubuhan Kerabat D'raja Kelantan tidak pernah mengeluarkan logo atau apa-apa lambang seperti itu dan disyaki ia disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab.


"Siasatan pihak polis mendapati kenderaan Rolls Royce Ghost itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat yang dimiliki seorang lelaki berusia 61 tahun dan kita juga mengenalpasti bahawa logo yang dipamerkan pada kenderaan terbabit adalah milik Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia.

"Susulan itu empat tangkapan dibuat membabitkan Yang Dipertua dan bendahari pertubuhan terbabit serta dua individu yang menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang turut mempamerkan logo yang sama pada plat hadapan kenderaan tersebut," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, pihaknya turut merampas dua kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Kia Optima malah pihaknya juga sedang mengesan pemilik Rolls Royce Ghost untuk siasatan lanjut.

Katanya, beliau percaya lencana itu dijual dengan harga sehingga RM50,000 namun pihaknya sedang mengenalpasti motif sebenar penggunaan lambang terbabit dan siasatan lanjut masih dibuat.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan semalam susulan tindakannya mengubahsuai gambar Setiausaha Kerajaan Negeri beserta ayat yang memburukkan nama kerajaan negeri Kelantan.

Muhamad Zaki berkata, suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kelantan di sebuah rumah di Taman Kuantan Jaya, Kuantan, Pahang.

"Turut dirampas sebuah telefon bimbit jenis Realme 11 5G dan satu unit komputer riba jenama Avita.

"Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (KK)/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bat-diraja-kelantan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.051118 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list