CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9918|Reply: 2

[Tempatan] Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris

[Copy link]
Post time 5-6-2024 10:17 PM | Show all posts |Read mode
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang akan bersara dengan tenang sekiranya berjaya merangkul pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadual bermula Julai ini.

Pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 berusia 36 tahun itu berkata, menghadiahkan emas Olimpik sulung negara kepada seluruh rakyat Malaysia merupakan perancangannya di Paris.

Namun, juara dunia keirin 2017 itu tetap waspada dengan segala kemungkinan yang bakal dihadapinya nanti termasuk taktikal yang luar biasa dan ‘tidak masuk akal’ daripada pelumba lain.




"Kalau menang emas sudah tentu itu hadiah untuk Malaysia dan semua, dan saya pun boleh bersara dengan senyum lebar, itulah perancangannya,"





"Tetapi kita tak tahu apa yang akan berlaku, macam contoh di Tokyo saya berada dalam keadaan baik, suku akhir dan separuh akhir memang saya menang walaupun belum bagi 100 peratus tetapi bila di final walaupun saya yakin boleh menang, ada pula pelumba yang buat taktikal luar biasa,” katanya.

Pemenang gangsa acara keirin pada edisi 2016 di Rio de Janeiro itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis minum petang ersama bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam dan bekas Pengerusi yayasan Sime Darby (YSD) di kediamannya di Bukit Tunku di sini, hari ini.

Sebagai rekod, pada aksi final keirin di Tokyo Azizulhasni dilihat mempunyai peluang cerah untuk merangkul emas, namun percaturan pelumba Australia Matthew Glaetzer pada final keirin telah memberikan kelebihan buat pelumba Great Britain Jason Kenny untuk melakukan pecutan lebih awal.

Situasi itu sekali gus menafikan peluang Azizulhasni untuk merangkul emas biarpun dilihat memberikan segalanya untuk merapatkan jurang dengan Kenny yang akhirnya terlebih dahulu melintasi garisan penamat.


Sebelum itu, Azizulhasni dan dua lagi pelumba negara ke Paris iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri diraikan dalam majlis bersama Tun Musa.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Pengerusi YSD, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar yang juga merupakan bekas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), ketua jurulatih skuad berbasikal trek kebangsaan, John Beasley serta wakil-wakil badan korporat. - Bernama


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2024 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Good Luck..
Herlok sngat dia time muda dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 11:00 AM | Show all posts
good luck & don't fukc it up!



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.100591 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list