CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4585|Reply: 0

[Terengganu] CCTV, Wi-Fi percuma di jeti selaras kenaikan caj akses ke Pulau Perhentian

[Copy link]
Post time 6-6-2024 12:25 PM | Show all posts |Read mode

MDB memasang 14 CCTV dan Wi-Fi percuma di Jeti Pelancongan Kuala Besut untuk kemudahan pelancong ke Pulau Perhentian. - Foto NSTP/Nurul Fatihah Sulaini

KUALA TERENGGANU: Pemasangan 14 unit kamera litar tertutup (CCTV) di Jeti Pelancongan Kuala Besut antara kemudahan asas akan disediakan Majlis Daerah Besut (MDB) bagi menjamin keselamatan pelancong.

Yang Dipertua MDB, Mohd Sukeri Ibrahim, berkata pemasangan Wi-Fi percuma dan kipas untuk keselesaan dan kemudahan pelancong ketika menunggu bot ke Pulau Perhentian.

Katanya, pemasangan CCTV dan pencahayaan dilakukan bagi memastikan keselamatan pelancong.

"Kerja-kerja penyediaan pelbagai kemudahan terutama kipas dalam kawasan jeti giat dilaksanakan.


"Kemudahan itu kita sediakan selepas mendapat maklum balas dan saranan daripada pelancong termasuk pelancong asing," katanya.

Mohd Sukeri berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan pengusaha bot pelancong selepas MDB menaikkan caj baharu tiket akses Pulau Perhentian, berkuat kuasa Isnin lalu.

Pengusaha bimbang kenaikan caj perkhidmatan akan menjejaskan kedatangan pelancong ke pulau itu.

Kenaikan caj tiket akses juga mendapat perhatian kerajaan negeri apabila Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris meminta MDB menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk keselesaan pelancong.

Mohd Sukeri, berkata kenaikan itu diputuskan Ahli Majlis MDB.

Katanya, kenaikan daripada RM5 kepada RM20 tidak termasuk bayaran dikenakan oleh Taman Laut berjumlah RM30 hanya dikenakan kepada pelancong asing.

"Harga baharu caj akses itu tidak membabitkan pelancong tempatan apabila kita bersetuju mengekalkan harga lama iaitu RM5 seorang," katanya.

Mengenai rungutan pengusaha bot pelancong, Mohd Sukeri berkata, MDB sudah mengadakan perjumpaan dengan pihak berkenaan.
https://www.bharian.com.my/berit ... -caj-akses-ke-pulau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.073223 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list