CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2363|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 67 kes godam telefon menerusi fail APK, rugi RM1.1 juta - PDRM

[Copy link]
Post time 6-6-2024 05:12 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah JSJK, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 67 kes penggodaman telefon pintar bagi tujuan mencuri data melalui fail APK yang membabitkan kerugian lebih RM1.1 juta dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata Selangor dan Pulau Pinang mencatatkan kes tertinggi berbanding negeri lain.

"Bukan hanya menghantar fail APK melalui mesej jemputan perkahwinan, sindiket turut menggunakan taktik tawaran pekerjaan, ejen pembersihan dan pembantu rumah, jual beli kenderaan serta jual beli barang kemas," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Tahun lalu, Ramli berkata, JSJK merekodkan 676 kes membabitkan kerugian lebih RM18.6 juta.


Beliau berkata kes tertinggi yang dilaporkan tahun itu direkodkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Isnin lalu, Harian Metro melaporkan, PDRM menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan penyebaran mesej jemputan perkahwinan menerusi fail APK yang akan menyebabkan telefon pintar digodam.

Ramli dilaporkan berkata, penjenayah dikesan menggunakan taktik itu sebagai modus operandi penggodaman telefon pintar untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.

Antara taktik yang dikesan masih aktif digunakan sejak pertengahan tahun lalu ialah penyebaran kad jemputan kahwin digital melalui fail APK yang bersamanya ditanam perisian hasad atau Malware.

Katanya, hasil siasatan mendapati mesej jemputan perkahwinan berkenaan dihantar oleh penjenayah yang menyamar sebagai kenalan mangsa.
https://www.bharian.com.my/berit ... rugi-rm11-juta-pdrm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.051079 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list