CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10486|Reply: 0

Ronaldo tonggak penting Portugal - Mourinho

[Copy link]
Post time 9-6-2024 11:53 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo memanaskan badan sebelum aksi persahabatan menentang Croatia. - Foto REUTERS

ISTANBUL: Jose Mourinho menjangkakan Cristiano Ronaldo akan memainkan peranan penting buat Portugal pada Euro 2024 musim panas ini, walaupun pemain itu sudah berusia.

Penyerang Al-Nassr itu menikmati musim terbaik sejak kempen 2015-16 dengan meledak 50 gol dalam 51 perlawanan untuk kelab Liga Pro Saudi itu musim lalu.

Pada usia 39 tahun, Ronaldo sudah menjaringkan 128 gol untuk negaranya dan sedang bersiap untuk kejohanan ke-11 bersama Portugal.

Skuad kendalian Roberto Martinez menampilkan dua orang pemain yang masih belum lahir ketika Ronaldo membuat penampilan sulungnya untuk Portugal.


Bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu bagaimanapun bukan pemain paling tua dalam skuad Portugal ke Euro kali ini. Pemain pertahanan, Pepe membuat penampilan pada usia 41 tahun.

Mourinho yakin Ronaldo akan memainkan peranan penting walaupun terpaksa bersaing dengan pemain Liverpool, Diogo Jota, penyerang PSG, Goncalo Ramos dan Joao Felix, kata pengendali baharu Fenerbahce itu.

"Jurulatih tahu. Cristiano adalah seorang yang tahu apa yang dia mahukan, apa matlamatnya, bagaimana jurulatih mahu menggunakannya, sama ada bermain setiap minit di setiap perlawanan atau menyimpannya untuk saat penting.

"Tetapi banyak perkara yang berlaku di sebalik itu. Dia mempunyai pengaruh dan akan menjaringkan golnya.

"Saya tidak percaya dia akan meninggalkan Kejuaraan Eropah tanpa gol," kata pengendali dari Portugal itu.

Mourinho turut membuat ramalan berkenaan pemenang untuk kejohanan tertinggi Eropah itu tahun ini: "Saya rasa semua orang berfikir seperti saya. Portugal, England, Perancis, di bawah mereka Jerman dan Sepanyol."

Bagaimanapun ramalan awal Mourinho tampak tersasar berdasarkan aksi pemanas badan menjelang Euro minggu depan.

Portugal tewas 2-1 kepada Croatia, manakala England dikejutkan Iceland 1-0. Jerman pula bergelut menewaskan Greece 2-1.

Sepanyol dan Perancis sepatutnya tidak berdepan masalah menentang Ireland Utara dan Kanada dalam aksi persahabatan terakhir masing-masing. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... g-portugal-mourinho
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.108892 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list