View: 5600|Reply: 0
|
Fokus Euro 2024: Belgium miliki banyak kelebihan
[Copy link]
|
|
Skuad Belgium dilihat memiliki kekuatan tersendiri bagi melepasi saingan awal Kumpulan E. - AFP
London: Atas kertas, Belgium nyata dilihat sebagai pasukan terkuat dalam saingan Kumpulan E dan mampu menjadi juara kumpulan sekali gus mara ke pusingan kalah mati buat kali ketiga berturut-turut dalam saingan Euro.
Di samping Red Devils, ada pasukan yang turut menjanjikan saingan hebat dengan Slovakia, Romania dan Ukraine semuanya sudah bersedia untuk merebut tempat kedua dan ketiga kumpulan.
Ukraine mungkin hadir dari saingan playoff tetapi skuad mereka diperkuatkan dengan tonggak seperti Lunin, Zabarnyi, Tsyhankov, Mudryk and Dovbyk manakala Romania pula mungkin berdepan kempen yang sukar memandangkan mereka hanya menang sekali dalam 16 perlawanan di sejarah penyertaan di Euro.
Slovakia juga mungkin mengalami nasib sama seperti Romania - menempuh halangan sukar memandangkan rekod pertemuan nyata tidak memihak kepada mereka dalam perlawanan dengan ketiga-tiga pasukan ini.
PERLAWANAN TUMPUAN
Belgium lwn Slovakia: Ujian kehebatan serangan Belgium menentang pertahanan kukuh Slovakia
Romania lwn Ukraine: Perlawanan penting yang boleh menentukan siapa mara ke peringkat kalah mati
Belgium lwn Ukraine: Pertembungan yang akan mempamerkan keupayaan pemain bintang Belgium menentang daya tahan dan semangat juang Ukraine
BELGIUM
Ranking FIFA: 3
Pencapaian 2020: suku akhir
Pemain tumpuan: Romelu Lukaku, Jeremy Doku, Kevin De Bruyne
Jurulatih: Dominic Tedesco
KEKUATAN:
Memiliki ramai pemain bintang: Belgium mempunyai bakat bertaraf dunia dalam setiap posisi, dari pertahanan hingga serangan
Kreativiti bahagian tengah: Visi dan keupayaan hantaran Kevin De Bruyne menjadikan bahagian tengah Belgium antara yang paling kreatif dalam kejohanan
Pertahanan Kental: Dengan Koen Casteels di gawang dan pertahanan berpengalaman seperti Jan Vertonghen, Belgium mempunyai persediaan pertahanan yang boleh dipercayai
KELEMAHAN:
Kebimbangan kecederaan: Pemain utama seperti De Bruyne dan Lukaku pernah menghadapi masalah kecederaan pada masa lalu, yang boleh menjejaskan prestasi mereka
Tekanan untuk mempamerkan prestasi: Sebagai salah satu pasukan pilihan, jangkaan yang tinggi kadangkala boleh membawa kepada persembahan yang kurang memberangsangkan terutama ketika berdepan tekanan
ROMANIA
Ranking FIFA: 46
Pencapaian 2020: Tidak layak
Pemain tumpuan : Radu Dragusin, Razvan Marin, Nicolae Stanciu, George Puscas
Jurulatih: Edward Iordanescu
KEKUATAN:
Pemain muda: Dengan bakat seperti Ianis Hagi, Romania berbekalkan teanaga dan kreativiti dalam gaya permainan mereka
Organisasi pertahanan: Radu Dragusin mengemudi jentera pertahanan dan ia bakal memperkukuhkan posisi berkenaan
Pasukan yang kukuh: Romania bermain dengan semangat berpasukan dan sering menunjukkan daya usaha, menjadikan mereka sukar untuk ditewaskan
KELEMAHAN:
Isu penyudah: Romania kadangkala bergelut untuk menyempurnakan jaringan
Pengalaman: Kurang pengalaman oleh beberapa pemain utama boleh menjadi kelemahan dalam situasi tekanan tinggi
UKRAINE
Ranking FIFA: 22
Pencapaian 2020: Suku akhir
Pemain tumpuan: Andriy Yarmolenko, Oleksandr Zinchenko, Roman Yaremchuk
Jurulatih: Serhiy Rebrov
KEKUATAN:
Bahagian tengah dinamik: Oleksandr Zinchenko menyediakan kreativiti dan serba boleh, mampu memainkan pelbagai peranan di bahagian tengah
Ancaman menyerang: Dengan pemain seperti Andriy Yarmolenko dan Roman Yaremchuk, Ukraine mempunyai barisan serangan yang kuat
Ketahanan: Ukraine terkenal dengan daya tahan dan semangat juang mereka, sering beraksi dengan baik di bawah tekanan
KELEMAHAN:
Kelemahan pertahanan: Pertahanan Ukraine boleh terdedah, terutamanya terhadap lawan yang berkaliber tinggi
Konsisten: Ukraine menunjukkan ketidakupayaan untuk konsisten dalam persembahan mereka, yang boleh menjejaskan peluang mereka dalam kejohanan itu
SLOVAKIA
Ranking FIFA: 48
Pencapaian 2020: Peringkat kumpulan
Pemain tumpuan: Milan Skriniar, Ondrej Duda
Jurulatih: Francesco Calzona
KEKUATAN:
Pertahanan kental: Milan Skriniar mengetuai barisan pertahanan yang teratur, menjadikan Slovakia sukar digugat
Bahagian Tengah Berpengalaman:Stanislav Lobotka menyediakan kepimpinan dan kreativiti dari bahagian tengah selain mampu menentukan rentak permainan
Ancaman Set-Piece: Slovakia terkenal dengan bahaya semasa set-piece
KELEMAHAN:
Kurang dari sudut keupayaan: Di luar kesebelasan utama, mereka tidak mempunyai banyak pilihan terutama di posisi penyerang
Tidak konsisten: Slovakia dilihat tidak mempunyai corak konsisten dalam permainan mereka terutama ketika menentang lawan lebih kuat
https://www.bharian.com.my/sukan ... ki-banyak-kelebihan |
|
|
|
|
|
|
| |
|