View: 5221|Reply: 0
|
Euro 2024: Denmark mahu ulang prestasi cemerlang
[Copy link]
|
|
DENMARK masih mempertaruhkan pemain-pemain berpengalaman bagi memberikan keseimbangan kepada pasukan pada kempen kali ini. - AFP
SELEPAS mencipta magis melayakkan diri ke pusingan separuh akhir pada saingan Euro 2020, Denmark berharap dapat mengulangi pencapaian tersebut menjelang Euro 2024 yang akan membuka tirainya 15 Jun ini.
Sebaik sahaja mengumumkan senarai akhir 26 pemain yang bakal menggalas cabaran pada kejohanan empat tahun sekali itu, ketua jurulatih, Kasper Hjulmand dilihat masih mengekalkan beberapa muka lama dalam pasukan.
Justeru, ia dianggap sebagai petanda positif buat skuad Danish Dynamite itu untuk mengulangi pencapaian terdahulu dengan melayakkan diri ke pusingan separuh akhir pada edisi kali ini.
Khidmat pemain-pemain berpengalaman seperti Kasper Schmeichel, Christian Eriksen, Simon Kjaer, Kasper Schmeichel dan Yussuf Poulsen pastinya amat diperlukan bagi membimbing barisan muda Denmark.
Berdasarkan senarai 26 pemain dibawa kali ini, Denmark dilihat masih mampu untuk memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan pilihan lain dalam usaha mereka mencapai sasaran yang diletakkan.
Hjulmand berkata, beliau berdepan kesukaran untuk memilih 26 pemain terbaik untuk dibawa ke Euro memandangkan sebahagian besar pemain yang hadir ke kem latihan pusat merupakan pemain-pemain yang berbakat.
“Bukan satu perkara yang mudah untuk membuatkan seseorang kecewa kerana ada pemain tidak dapat menunaikan impian mereka sejak kecil beraksi bersama pasukan negara. Bagaimanapun, saya perlu buat keputusan dan ini adalah pasukan terbaik.
“Berhubung pemilihan Simon (Kjaer), kami memiliki banyak maklumat mengenainya dan semuanya berada dalam kawalan. Saya yakin dia berada dalam keadaan cukup bersedia, terutamanya dari segi fizikal,” katanya.
Sementara itu, Denmark turut mengambil risiko dengan kembali menyenaraikan Eriksen biarpun pemain Manchester United berkenaan memiliki sejarah hitam pada saingan Euro sebelum ini.
Pada saingan Euro 2020, dunia bola sepak gempar seketika apabila Eriksen rebah secara tiba-tiba ketika berdepan Finland dalam aksi peringkat kumpulan sebelum dia disahkan mengalami serangan jantung.
Menjelang kempen edisi 2024, Denmark dijangka mampu untuk menamatkan saingan Kumpulan C dalam kelompok dua teratas apabila perlu bersaing dengan Slovenia, Serbia serta naib juara Euro 2020, England. – AGENSI
INFO
JURULATIH: Kasper Hjulmand
GELARAN: Danish Dynamite
PENCAPAIAN: Juara (1992)
RANKING: No. 21 dunia
KUMPULAN: C (Slovenia, Serbia, England)
SENARAI PEMAIN
PENJAGA GOL
Kasper Schmeichel (Anderlecht)
Frederik Ronnow (Union Berlin)
Mads Hermansen (Leicester City)
PERTAHANAN
Simon Kjaer (AC Milan)
Andreas Christensen (Barcelona)
Joakim Maehle (Wolfsburg)
Jannik Vestergaard (Leicester City)
Joachim Andersen (Crystal Palace)
Rasmus Kristensen (AS Roma)
Victor Nelsson (Galatasaray)
Victor Kristiansen (Bologna)
Alexander Bah (Benfica)
TENGAH
Christian Eriksen (Manchester United)
Thomas Delaney (Anderlecht)
Pierre-Emile Hojbjerg (Tottenham Hotspur)
Mathias Jensen (Brentford)
Christian Norgaard (Brentford)
Morten Hjulmand (Sporting Lisbon)
PENYERANG
Kasper Dolberg (Anderlecht)
Andreas Skov Olsen (Club Brugge)
Jonas Wind (Wolfsburg)
Mikkel Damsgaard (Brentford)
Rasmus Hojlund (Manchester United)
Jacob Bruun Larsen (Hoffenheim)
Anders Dreyer (Anderlecht)
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... prestasi-cemerlang/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|