|
ANGGOTA bomba memadam kebakaran di kawasan pusat pelupusan sampah daerah Besut di Kampung Paya Rawa, di sini, hari ini. FOTO Nurul Fatihah Sulaini
Besut: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut mengambil masa hampir 100 jam untuk memadam kebakaran di kawasan pusat pelupusan sampah di Kampung Paya Rawa, di sini, hari ini.
Difahamkan kebakaran itu dipercayai berlaku sejak Jumaat lalu merebak daripada satu hektar kepada 1.9 hektar dalam tempoh beberapa hari.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, operasi pemadaman bermula sejak 8 pagi sehingga 8 malam dan pemantauan berterusan dilakukan pada waktu malam.
"Operasi memadamkan kebakaran membabitkan 25 kekuatan anggota dan pegawai bomba dibantu pihak syarikat projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta Majlis Daerah Besut (MDB)," katanya ditemui di Pusat pelupusan sampah daerah Besut di Kampung Paya, di sini, hari ini.
Azrul berkata, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.
"Walaupun kebakaran itu dipadamkan namun pemantauan berterusan tetap dijalankan bagi mengesan jika berlaku kebakaran baru di lokasi sama atau lokasi baru.
"Orang ramai diingatkan tidak membuat pembakaran secara terbuka bagi mengelakkan kebakaran akan merebak dalam skala besar," katanya.
Sebelum ini media melaporkan kira-kira satu hektar kawasan di pusat pelupusan sampah daerah Besut terbakar di Kampung Paya Rawa, Besut pada Jumaat lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... am-kebakaran-sampah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|