|
DAGING dipercayai daging babi dibuang ke dalam Sungai Nenggiri. FOTO Ihsan penduduk Kampung Kuala Lah
Gua Musang: Sekumpulan nelayan di Kampung Setelu, Kampung Pasir Tumbuh dan Kampung Bertam, di sini, semalam, membuat laporan polis selepas menemukan daging dipercayai daging babi dibuang ke dalam Sungai Nenggiri, di sini, Sabtu lalu.
Zulkifli Junuh, 52, berkata pada 5.30 petang dia ternampak daging haiwan terbabit hanyut dibawa arus ketika ingin memeriksa pukat yang dipasangnya sebelum memberitahu rakan nelayan yang lain.
"Setelah pulang ke rumah baru saya dapat tahu hantaran yang tular di Facebook mengenai daging babi dibuang ke dalam sungai yang dimuat naik oleh penduduk yang melihat kejadian itu," katanya kepada pemberita di Kampung Kuala Lah, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pada hari sama, Sabtu lalu, muatan sebuah lori yang dipercayai daging babi sejuk beku dipercayai bertaburan di atas Jalan Gua Musang-Jeli selepas dinding sebelah kiri lori berkenaan tercabut ketika dalam perjalanan dari Tanah Merah menuju ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ketua Jaringan Nelayan Darat bagi Kampung Pulau Setelu, Zakaria Omar, 59, kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang tidak sensitif dan menyebabkan punca pendapatan nelayan di tiga kawasan sekitar terjejas.
"Sudah 20 tahun saya mencari rezeki di sungai ini, saya amat kecewa. Kita tahu daging itu akan dimakan oleh ikan baung dan ikan kenerak di dalam Sungai Kuala Lah dan Sungai Nenggiri yang akan ditangkap oleh kami untuk dijual," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -buat-laporan-polis |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|