CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2978|Reply: 1

[Terengganu] Cuaca panas: Kapibara, alpaka dan kangaru antara 5 haiwan mati di Zoo Rimba Razia

[Copy link]
Post time 10-6-2024 05:07 PM | Show all posts |Read mode

Zoo Rimba Razia kehilangan lima haiwan akibat cuaca panas.

KUALA BERANG: Lima haiwan di Zoo Rimba Razia, di sini, mati dipercayai akibat cuaca panas berterusan yang melanda sejak April lalu.

Pemilik zoo terbabit, Datuk Seri Zakaria Abdul Razak berkata lima haiwan itu membabitkan kapibara, alpaka, kangaru, rusa bintik serta mata-mata atau spesies kura-kura air tawar berasal dari Brazil.

Selain nasib menimpa lima haiwan itu yang turut menyebabkan pihaknya kerugian puluhan ribu ringgit, beliau berkata lebih 100 spesies haiwan lain di zoo sama berdepan risiko strok haba akibat cuaca panas melampau mencecah 40 darjah Celsius.

"Pihak kami telah mengambil pelbagai langkah bagi mengurangkan risiko strok haba seperti memasang sistem pemercik air, membesarkan kolam dan menambah ais bagi menurunkan suhu.


"Kami juga memasang teduhan bagi mengelak sinaran matahari terkena terus kepada haiwan, namun masih ada yang mati," katanya ketika ditemui di zoo berkenaan di Kampung Dusun di sini hari ini.

Zakaria berkata, bagi mengelak lebih banyak haiwan mati pada musim panas, pasukan renjer meningkatkan kekerapan pemantauan terutama pada siang hari bagi memastikan bekalan air untuk haiwan di zoo berkenaan mencukupi.

Beliau berkata, hasrat menambah haiwan di zoo itu juga terpaksa ditangguh sementara waktu memandangkan cuaca panas masih berlarutan.

"Sejak dibuka 15 Julai tahun lalu, sambutan diterima daripada pengunjung amat menggalakkan dan zoo ini menjadi tarikan ekopelancongan yang menjana pendapatan sampingan untuk penduduk setempat dan negeri.

"Walaupun Rimba Razia terletak agak jauh iaitu kira-kira 50 kilometer dari Kuala Terengganu, ia tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung dari dalam dan luar negeri ini. Purata pengunjung pada musim cuti sekolah antara 800 hingga 1,000 orang sehari," katanya.

Beliau berkata, harga tiket dikenakan juga sangat rendah iaitu RM20 bagi dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dan warga emas, selain pakej khas disediakan bagi rombongan sekolah dan berkumpulan. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... -haiwan-mati-di-zoo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kira anaiya binatang la kan? Tak amanah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.047899 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list