|
Pelakon Hafidz Roshdi terkilan apabila ibunya, Haniza Mohd Jabar didakwa telah difitnah di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Hafidz berkata, dia terpaksa bertindak selepas bertubi-tubi tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada ibunya.
Fitnah terhadap ibuku. Seperti yang boleh dilihat di media sosial sekarang, ibu saya galak difitnah dan dicerca.
Saya terkilan dengan apa yang terjadi dan menjadi kewajipan untuk saya tepis semua tuduhan dan fitnah yang jelas telah dilemparkan kepada Bonda saya yang tersayang.
Saya selalu memilih untuk berdiam diri dan bersabar selama ini tapi bila ibu disentuh, saya perlu bertindak!
Dakwa Hafidz, individu yang memfitnah ibunya itu dikenali sebagai Keturunan Oyen dan dia memberi amaran supaya berhenti daripada menyebarkan fitnah.
"Kepada individu yang menggelarkan dirinya sebagai Keturunan Oyen, saya menyarankan agar anda berhenti serta merta dari menyebar fitnah ke atas ibu saya dengan menyiarkan tuduhan yang palsu dan menjijikkan ini."
"ihak saya sedang membawa perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menegakkan yang haq."
Tambahnya, dia memberi tempoh masa 24 jam bagi mana-mana pihak yang memuat naik hantaran mengenai ibunya berhubung isu fitnah di media sosial untuk memadam kandungan tersebut sebelum tindakan undang-undang diambil.
"Kepada pihak yang menaikan posting di blog dan semua media sosial, sila turunkan artikel yang mengandungi gambar ibu saya berkaitan dengan isu ini dalam tempoh 24 jam."
"Jika gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberi, saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan hak saya untuk mengambil tindakan undang-undang."
Dalam pada itu, Hafidz sempat menyatakan rasa sayang terhadap anak-anaknya, Humairah dan Umar.
"Kepada anak-anak abah, Humairah dan Umar, walaupun kita berjauhan, Abah sedang usahakan yang terbaik untuk kita. Humairah dan Umar sentiasa di hati Abah. Doa Abah untuk anak-anak kesayangan Abah sentiasa akan titipkan."
Terdahulu, bekas isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada mendedahkan menerima ‘screenshot’ perbualan daripada pengikutnya di mana ibu kepada bekas suami didakwa mengata dirinya dengan orang terdekat.
Sumber : OhBulan |
|