|
Bahan-bahan:
1 kg kacang tanah
15 biji cili kering, buang biji,rendam air panas dan kisar halus
2 keping gula melaka
1 mangkuk kecil air asam jawa
garam secukup rasa
Bahan untuk hiris nipis:
14 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
Cara Penyediaan:
Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
Goreng bahan hiris nipis dalam sedikit minyak sehingga naik bau. Angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
Masukkan kacang tanah dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
Masukkan gula melaka, air asam jawa dan garam secukup rasa. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|