CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6644|Reply: 105

[Tempatan] Kabel budaya kito:Individu Luah Rasa Kiciwa Cikgu Pilih Kasih, Lantik Pengawas Untuk Anak Sendiri!

[Copy link]
Post time 19-6-2024 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 19-6-2024 11:27 PM


Setiap sekolah pasti ada pelajar yang menyandang jawatan sebagai pengawas sekolah. Ini bertujuan untuk memastikan keadan murid dalam keadaan disiplin dan teratur.



Walau bagaimanapun, isu mengenai jawatan di sekolah menjadi perbualan apabila ada yang menyatakan anak-anak cikgu lebih diberi perhatian.

Perkara ini diluahkan oleh insan bernama Akmal di laman Facebooknya, Jelasnya anak cikgu lebih senang terpilih di sukan sekolah atau jawatan.

“Pengalaman setiap orang berbeza-beza. Itu kita tak nafikan. Memang wujud jenis cikgu yang nak anak dia terpilih dalam aktiviti sekolah yang ada baik uniform, kelab mahu pun sukan,” katanya.

Dia turut menambah sekiranya anak cikgu tersebut tidak terpilih dalam apa-apa jawatan di sekolah, pasti akan menjadi isu besar atau terasa hati.

“Kalau anak tak terpilih, mula lah akan jadi isu dan mengeruhkan suasana. Entah apa-apa,” luahnya.

Akmal juga menjelaskan bahawa dia sendiri tidak tersinggung sekiranya jika anda tidak disenarai pendek untuk menyertai permaianan bola hal ini kerana dia sendiri tahu kemampuan anaknya untuk bermain bola.

“Bagi saya sendiri, saya tak kisah kalau Akif tak terpilih wakil pra sekolah main bola sebab saya sendiri tahu Akif ni macam mana,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan luahan yang ditulis oleh Akmal di laman Facebooknya itu.

“Jadi pengawas sekolah, ketua kelas atau segala jawatan pun biasanya dari anak-anak mereka juga. Kecil-kecil dah pandai main kabel,” tulis salah seorang pengguna media sosial.


Sumber: Facebook Akmal

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 08:24 AM | Show all posts
tapi ada hati nak marah menteri atau pgawai kerajaan ambil rasuah atau pakai kabel. diri sendiri dengan sekecil2 kuasa pun dah salah guna.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
tp anak cikgu sekolah weols dlu tkda special treatment pun. nasib la nakk... hidup ini mmg tk adil dan keras.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:07 AM | Show all posts
Edited by dealova04 at 20-6-2024 09:18 AM

anak2 aku time sekolah rendah mcm ni la, wpon cikgu yg incharge pertandingan penat2 je wat selection dan pilih anak aku jd wakil sekolah, end up last minit kena cantas dgn anak cikgu. cikgu pic tu ckp kt anak aku dia x leh wat pe bila cikgu nama tuttt suruh letak nama anak dia wakil sekolah sbb cikgu tu senior. akhirnya kalah... cikgu pic tu ckp kt anak aku  kalau awak yg bertanding wakil sekolah mesti  menang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:11 AM | Show all posts
bab sukan je , anak2 cikgu x leh nk selitkan. utk kes lain, anak aku wakil sukan sampai peringkat mssd/mssn tp markah pjsk dia sama dgn anak cikgu yg langsung x wakil sekolah dlm apa2 pertandingan. pastu cikgu yg handle sukan terutama sekali yg bwk anak aku bertanding ke sana sini wakil sekolah fight naikkan markah pjsk . akhirnya naik juga markah. syukur
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:16 AM | Show all posts
hahahahha,mmg pun,kebanyakan anak cikgu jd pengawas sbb ada kelebihan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2024 09:21 AM | Show all posts
copy_paste replied at 20-6-2024 09:16 AM
hahahahha,mmg pun,kebanyakan anak cikgu jd pengawas sbb ada kelebihan

sebenarnya cikgu yg mcm ni dibenci oleh cikgu2 yg lain. diorg meluat sebenarnya. sbb anak nye mmg x layak dan  x berbakat pon tp sibuk nk juga letak anak dia jd wakil sekolah. tp xmenang pon. plg kelakar, kalau pertandingan peringkat sekolah, pertandingan yg anak dia masuk mesti dia akan jd juri. kompem2 la dia pilih anak dia jd juara. pelik aku sekolah anak aku dulu. pengetua pon mcm x fungsi bab2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:02 AM | Show all posts
biasa je taja anak asnaf jadik pengawas. jadik head girl je..
sbb bila dah terpilih tak mampu nak beli baju, kasut dll keperluan nak pegang jawatan tu.
kdg ada je bukan anak cgu yg terpilih nk pegang jawatan ni tp tkde kemampuan nk beli itu ini..  jawatan ty dtg dgn beban.. belum kira tanggungjawab lagi.


pandai2 ler cgu kutip duit bulanan byr yuran asrama anak2 asnaf, tambang bas rombongan.. duit poket jadik wakil sekolah pergi pertandingan ko akademik

sekolah ku mmg kutip RM300-RM400  setahun dari setiap cgu.. kat sini ada 150 cgu. semua tu utk keperluan murid  sepanjang tahun
sbb PPD main petik je nama sekolah jadi wakil daerah ke peringkat negeri.. satu sen pun tak bagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 10:04 AM | Show all posts
betul.. anak cikgu sume ade jawatan
tak kisah lah ketua kelas ke, penolong kelas ke, pengawas ke
camtu jgk ngn sukan atau pertandingan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda yang sama jadi dekat sekolah anak i sekarang. Anak cikgu masuk tahun 1 dan 2, jadi ketua kelas (since pengawas tahun ke3 ke atas). Masuk tahun 3, jadi pengawas terus. Sangat tak adil. Kalau sukan pun, anak cikgu je terpilih.

Lagi 1 tentang cikgu yg buat kelas tuisyen kat rumah. Punca ‘bias’. Budak yg pergi tuisyen dengan dia bukan main bangga lagi cerita kat kawan2 yang dia pergi tuisyen kat rumah cikgu tu. Kalau ada apa2 tentang subjek tu, dia tahu dulu. Contoh, nak exam pertengahan tahun ni kan. Budak yg tuisyen dgn cikgu tu siap cakap subject tu masuk sampai chapter 2, sbb dia dah tanya dah waktu tuisyen. Sikit2, ‘cikgu k*** dah bgtahu dah masa tuisyen’, bangga giler cakap dlm group wassap kelas.

Boleh ke i report kat sispaa kes ni? Sepatutnya cikgu kalau buat tuisyen, x boleh ambil pelajar yg sama dia mengajar waktu sekolah kan? Dah mcm conflict of interest pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
ya mmg betul..anak cikgu semua jadi pengawas
stoden kesayangan cikgu pon di angkat jadi pengawas, paling2 ketua kelas atau tukang jaga koperasi
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak Cikgu
Anak murid kesayangan Cikgu
Anak yg dipertua PIBG
Ni mmg jd pilihan utk bg jawatan2 atau wakil sekolah dlm apa2 hal.. wlu pun ada murid lain lebih layak
Tu baru anak Cikgu dlm sekolah
Korang byg kan dr anak Ketua Kampung
Anak2 alumni sekolah/company
Anak ex2 boss dlm Company
Anak2 Director
Smpai anak2 Menteri
Ni semua saingan ni
Jadi jln keluar kena byk2 doa & sedekah
InshaaAllah
Ramai je berjaya wlu takde kabel
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sukan je.. pertandingan ape2 pun ade anak emas 916 cikgu ... Mcm anak sulung iolss kene ms tingkatan 1.. team dia dpt naib juara tuk teknologi...bl sekolah bt majlis penyampaian hadiah cikgu yg uruskan majlis tu p letak team anak emas 916 dia.. terkejut cikgu2 yg tak..knp team anak iolss x naik...kesian team anak iolss...iolss tanye kat cikgu tu...dia ckp saya dah panggil dia org x dog..iolss ckp je..saya tgk dr belakang cikgu x panggil pun team anak saya...anak emas 916 cikgu susun awal2.. iolss report kat pengetua ms tu...cikgu tu ckp depan pengetua gedik2.. tampor kang br tau...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab wakil sukan tu aku alami sendiri masa sekolah. Sukan badminton. Cikgu PIC dah ada calon. Masa pemilihan xdtg tengok pun aku & lawan aku main. Aku xkisah xdpt tapi at least dtg la tengok. Penat aku training
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa sek rendah cikgu bangsa cina yg nak lantik i jd pengawas tapi i tolak sbb nak jd pengawas kn beli baju baru pengawas sdgkan i family b40..cikgu kata dia nak lantik i sbb i berani bersuara...i nak ckp cikgu dulu2 xde lah pilih kasih sgt..biasanya atas merit je yg dipilih..x tahu knp jd lain sistem sekolah skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa anak aiol sekolah rendah darjah 6 last year ketua murid anak cikgu ya..dan anak cikgu tersebut baru je pindah sekolah anak aiol masa darjah 5..tup2 next year darjah 6 jadi ketua murid..masa hari anugerah kecemerlangan semua yang cemerlang aka tokoh pelajar semua budak nie rembat..dewan pon jadi hambar, ibu bapa pon jadi bolayan asyik muka kau je dik naik pentas..lemau terus..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu la aku hantar anak aku pegi sjkc.. Cikgu bagi semua peluang nak join.. Sapa yang gigih join training n talented je cikgu ambil wakil sekolah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 20-6-2024 09:16 AM
hahahahha,mmg pun,kebanyakan anak cikgu jd pengawas sbb ada kelebihan

ada 2 DERJAT kedudukan dlm sistem pengawas sekolah :

Derjat Bizz Class :
pengawas anak cikgu..
TIDAK AKAN menjadi kuli batak utk kerahan tenaga di sekolah.. dpt TEMPAT utk pi lawatan yg BEST2.. @ lawatan ILMIAH yg BEST2

Derjat Ekonomis Class:
pengawas anak rekyat jelata..
jadi KULI BATAK CIKGU di sekolah... kena KERAH kerja sukarela tanpa ganjaran itu ini..

Lawatan yg TAK BEST TARAP CIKAI kena berpanas dan berpeluh ketiak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
JulietTheOrange replied at 20-6-2024 10:04 AM
betul.. anak cikgu sume ade jawatan
tak kisah lah ketua kelas ke, penolong kelas ke, pengawas ke
cam ...

Is that you, Pin Lean?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 20-6-2024 10:21 AM
Anak Cikgu
Anak murid kesayangan Cikgu
Anak yg dipertua PIBG

Kat sekolah ank meols anak sedara yg dipertua pibg jadi pengawas masa darjah 1 kikiki untung lah ujung2 setiap tahun cikgu kelas ugut nak lucutkan jawatan bdk ni sbb ada je hal.

Mmg open secret lah anak cikgu dpt mcm2 privilage. Mcm projek rekacipta lego perlukan wakil 3 org je setiap tahun bermula dari tahun 1. Sorg anak cikgu. Mana meols tahu, kat fb sekolah nama peserta disebut sorg2 termasuk bin. Dah lah nama cikgu tu mcm aneh2 sket. Mmg tahu la anak sapa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.080202 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list