View: 9658|Reply: 5
|
‘Selagi Janda Saya Tak Kahwin, Saya Takkan Kahwin’ – Datuk Red Dalam ‘Mode Standby’
[Copy link]
|
|
Meskipun sudah berpisah, namun usahawan Datuk Red masih tidak putus harapan untuk bersama semula dengan kedua-dua bekas isterinya iaitu Datin Red dan penyanyi Adira Suhaimi.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu dilihat sedang mempromosikan produk jualannya sambil berinteraksi dengan warganet.
Dalam masa yang sama, Datuk Red sempat menyatakan hasrat untuk kembali bersatu bersama Datin Red dan Adira andai masih ada jodoh di antara mereka.
"Selagi janda saya tak kahwin, selagi itu saya tak kahwin. Maknanya saya dalam mode ‘standby’, saya tunggu je ‘offer’ mereka. Tapi kalau mereka dah kahwin..nak buat apa lagi."
Menurut Datuk Red, salah satu tujuannya untuk berkahwin semula adalah dia mahu mempunyai teman semasa hari tua nanti.
"Saya fikir nak kahwin ni hanya untuk sakit pening ketika tua nanti. Takkan saya nak menyusahkan anak-anak saya..takkan saya nak menyusahkan adik-adik saya. Itu sahaja."
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan agar usahawan berusia 43 tahun itu dapat merujuk semula dengan kedua-dua bekas isterinya.
"Semoga Datuk Red bersama kembali dengan bekas isteri."
"Doa banyak-banyak, insya-Allah hati mereka akan terbuka."
"Semoga Allah jodohkan kembali."
"Saya doakan Allah satukan kembali, harap sangat demi anak-anak."
Sekadar info, Datuk Red menceraikan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu pada 23 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.
Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.
Sumber: TikTok/OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Pergilah kawin datuk nora. Bekas bakal bini azri tu. Kot kot boleh lagi develop empayar. Sembang je kau bureddd. Terjijiksss statement gila talak. |
|
|
|
|
|
|
|
tibehhh....ye ye je kau...post menagih simpati supaya kekal relevan... |
|
|
|
|
|
|
|
Xkan nk sshkan anak2..jd sshkan bini..xkeje..bini tanggung..coii jantan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah2 la gaslight bini2
Netizen pun sama yg tak abis2 suh org rujuk tu dah kenapa?
Korang tidur sebantal ngn dorang ke?
Ingat senang ke org amik keputusan nekad nak bercerai?
Nak suh bini org tuk rujuk balik, lupakan je salah laki, lupakan je apa yg sangat melukakan hati
So korang ingat bini2 tu akan happy ke?
Jantan ni pentingkan diri, dia risau takde org utk dia susahkan masa tua nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah memang kaki bured, ntah2 dia yang kawin dulu, maklumlah....followers bodoh yang percaya kat dia tu kan ramai...mesti ramai yang sanggup tadh bured, si kemut pun pernah tadah bured kat dia ni kan....
Apa punya bodoh lah media & netizen ni, dok cover lagi cerita dia, dia bekas laki retis je pun, tu pun retis sangkak...bukan selebriti pun, dah la scammer....aniaya orang sana sini.. buat video miskin sikit terus netizen bodoh kesian... |
|
|
|
|
|
|
| |
|