CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8823|Reply: 13

[Tempatan] Budaya ‘Work Life Balance’ Malaysia Ke-2 Terburuk Di Dunia.Anda sedih?

[Copy link]
Post time 25-6-2024 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kajian terkini oleh Remote, sebuah syarikat perkhidmatan sumber manusia global, mendedahkan keputusan yang agak mengejutkan mengenai keseimbangan hidup dan kerja (work life balance) di kalangan 60 negara dengan KDNK tertinggi di dunia.



Malangnya, Malaysia berada di kedudukan kedua terakhir, menjadikannya negara Asia yang terburuk dalam indeks tersebut.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti negara-negara dengan keseimbangan hidup dan kerja terbaik dengan menganalisis beberapa faktor berkaitan tempat kerja.

Faktor-faktor ini termasuk, cuti tahunan berkanun (jumlah hari cuti berbayar, termasuk cuti umum), bayaran sakit minimum (% gaji atau jumlah tetap), cuti bersalin  (jumlah minggu berbayar), Kadar bayaran cuti bersalin (% gaji), gaji minimum, status penjagaan kesihatan dan Skor indeks kebahagiaan (The Global Economy)

Dalam senarai tersebut, New Zealand dinobatkan sebagai negara dengan keseimbangan hidup dan kerja terbaik dengan skor 79.35 daripada 100, diikuti oleh Sepanyol dan Perancis masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

2 negara yang masuk senarai 5 teratas adalah Australia dan Denmark.

Di Asia, negara tertinggi dalam senarai adalah Taiwan di tempat ke-16, diikuti oleh Singapura di tempat ke-19 dan Arab Saudi di tempat ke-27.

Malaysia pula berada di kedudukan ke-59 dengan skor hanya 27.51 daripada 100, menjadikan kita negara kedua terburuk dalam indeks selepas Nigeria.

Kajian tersebut mencatatkan bahawa Malaysia mempunyai 19 hari cuti tahunan berkanun, 14 hari cuti bersalin berbayar, dan gaji minimum hanya USD1.07 sejam.

Tambahan pula, Remote juga menegaskan bahawa Malaysia mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang dibiayai oleh kerajaan, indeks kebahagiaan 5.71 daripada 10, purata 40.8 jam bekerja setiap minggu dan indeks LGBTQ+ hanya 9 daripada 100.
Keputusan ini menunjukkan bahawa terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan dalam mencapai keseimbangan hidup dan kerja yang lebih baik di Malaysia.

Walaupun terdapat beberapa kelebihan seperti sistem penjagaan kesihatan yang dibiayai kerajaan, aspek-aspek lain seperti gaji minimum memerlukan tindakan segera.


resources/research/global-life-work-balance

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2024 10:31 PM | Show all posts
Work Life Balance  <<< ini umumnya tidak wujud dimalaysia.

Dimalaysia siapa yang paling rajin dia yang paling bagus dan disukai bos. Cuba buat soal selidik pulak yang ini... yang ini malaysia boleh top 20
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Not applicable for us three  : aku, laki aku, adik aku..

So far alhamdulillah we have healthy work life balance with this very same company... TQ Allah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
I terpaksa setuju. I yang tak pernah ambil annual leave sambung public holiday ni, tetiba ambil annual leaves 2 hari, supervisor tetiba gila kuasa nak take over all my works siap suruh list down all pending task. Overall I cuti 3 hari - 1 day public holiday, 2 days Annual Leave. Lepastu tak puas hati I ada banyak doctor appointment. My doctor suspect I ada stress induced IBS. Dapat assistant blur2 ayam, dapat supervisor kaki kiasu. Lepastu every week duk meratib target...tak efficient langsung
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 25-6-2024 10:31 PM
Work Life Balance

Tak jugak...my office siapa yang buat2 rajin n pandai kipas boss memang paling perform. Apa boss cakap angguk je..even pasal babi boleh terbang pun angguk. Tak pernah nak faham staff on field. Tu Belum lagi kita penat siapkan task, wah dia happy forward kerja kita kat boss, ala2 dia yang siapkan semua. Sialan
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer tanya alepsokri.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2024 11:09 PM | Show all posts
Momohizan replied at 25-6-2024 10:41 PM
Tak jugak...my office siapa yang buat2 rajin n pandai kipas boss memang paling perform. Apa boss c ...

Bos nampak dia rajin dan produktif, itu yang dia nampak. Siapa yang buat kerja sebenarnya atau kena manipulat, mana mau dia nak pening kepala untuk fikir lebih dari itu... tetapi ni aku nampak konteks lain.

Cuba baca buku ni.. The 48 Laws of Power. Kita boleh faham banyak apa yang orang buat untuk nak dapat sesuatu


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini termasuk bangla kerja xde cuti kah dan termasuk kerja 8-5 tapi jalan jem 4 jam sehari apa x boleh tv jogging tiada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2024 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 26-6-2024 12:13 AM

Biarkan je...kalau terlebih work life balance
asyik bergosip dan bergaduh kat tempat kerja dan di kejiranan sebab dah bosan, terlebih masa dlm hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 01:26 AM | Show all posts
Atas2 orang
Ada yang prioritize mental health, elok je dia ciao bila work environment gets toxic
Kalau ko ghaser boleh je survive dengan opis politics sebab gaji sedap, opis dekat, keligs sekapla ha tahan je la dek selagi vuleh
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mimpi je kalau dpt work life balance sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 08:19 AM | Show all posts
hari cuti hujung mggu pun kena kerja, tapi tak de OT....mana mahunya hidup seimbang dgn kerja. lain la bos2 masuk kerja je dah ada elaun masuk pejabat. patutlah semangat kerja selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asmurai at 26-6-2024 08:28 AM

Itu pasal lah muncul fahaman childfree sekarang ni. Boss/tauke kapitalis from hell asyik tekan aje masa bila orang nak ada masa untuk beranak uruskan anak. Takkan nak berhenti kerja, abis tu nak makan apa kalau tak ada kerja. Ada certain office lagi pulak ada yang bagi award kepada pekerja yang tak mc langsung dalam setahun. Memang lah orang tu tak mc  sakit dah dia kurang kerja kurang stress banding orang yang kerja nak rak sampai pengsan. Orang patutnya nak bagi award tengoklah orang tu punya output kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 08:30 AM | Show all posts
setuju. bak kata bos, kita kena kerja kuat untuk company agar terus maju tapi bonus nan hadooo. sialan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.061730 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list