View: 11430|Reply: 5
|
Menteri: KPM laksana pelbagai pendekatan elak guru bersara awal - “Kita sentiasa membuat pelbagai mekanisme"
[Copy link]
|
|
Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pelbagai pendekatan serta mekanisme untuk menaikkan semangat dan motivasi guru bagi mengelakkan mereka daripada terus memilih untuk bersara awal.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata KPM memandang serius terhadap isu itu namun tetap memberikan ruang sepenuhnya kepada guru terbabit membuat keputusan selepas intervensi dilakukan.
“Kita sentiasa membuat pelbagai mekanisme untuk memberikan semangat kepada mereka, ini merangkumi program yang bersifat psikometrik, sokongan dan dukungan begitu juga dengan pengurusan berkaitan dengan kenaikan pangkat.
“Jadi dari semasa ke semasa sememangnya ada program itu, tetapi saya fikir yang hendak bersara awal maknanya mereka memilih bersara awal atas alasan kuat seperti masalah kesihatan, tidak berminat (meneruskan kerjaya) serta berkeluarga,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Malam Sungai Duri di Nibong Tebal hari ini.
Turut hadir calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Dr Joohari Ariffin yang berkempen menyantuni pengunjung di pasar malam itu.
Fadhlina berkata isu ribuan guru memilih untuk bersara awal diyakini tidak akan menjejaskan sistem pendidikan negara kerana ia adalah isu ‘datang dan pergi’.
Beliau berkata pengisian kekosongan jawatan guru di seluruh negara kini pada tahap 98 peratus menerusi kerjasama erat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
“Insya-Allah, kita ada beberapa pendekatan iaitu keluaran guru daripada Institut Pendidikan Guru (IPG), kemudian kita ada COS (lantikan secara kontrak) yang akan kita ambil dari semasa ke semasa mengikut keperluan,” katanya.
Terdahulu Fadhlina dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini memaklumkan tidak lagi berminat meneruskan kerjaya dikenal pasti punca utama ribuan guru memilih untuk bersara awal sejak tiga tahun lepas.
Menurutnya keadaan itu mewakili 72.36 peratus daripada 4,300 hingga 6,300 guru yang memilih untuk bersara awal bagi tempoh sama.
- Bernama/Malaysiakini |
|
|
|
|
|
|
|
Umur berpencen patut diturunkan bukan dinaikkan. Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kalau org tu pun sakit2 tak larat nk pi kelas.mengajar, kejap2 mc, kejap2 el menyusahkan guru2 lain & students, kpm redha je lah dgn keputusan diorg. Ramai lagi fresh grad yg berkaliber korg boleh hire. Interview la elok2 jgn pakai tangkap muat jenis yg sikit2 hiba berduka lara.
Tu si raja pormula kan ado, suruh dia pecah paler cari pormula caner nak carik fresh grad yg betul2 berkaliber utk jd guru. Suruh dia guling2 depan sogo mesti dapat lah tu idea bernas. |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu ramai pencen awal, ganti dgn guru muda. byk la peluang pekerjaan utk yg baru habis bljr ni.
kene +ve la, yg muda sihat tubuh badan, idea pun segar (wpun ada gak la yg hampeh) |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau retired awai pun..boleh beri byk peluang pekerjaan kat generasi baru..retired teacher boleh bukak pusat tiusyen etc etc..tapi itulah, sbb gomen dah bubarkan UPSR, PT3/PMR. ..dah xde demand dah tiusyen nih...org mesia nih nak kena gigih..tak kisahlah utk study ke, keje ke, niaga ke...sbb mesia negara tgh nak bangun..bukan dah develop maju t 20 semua tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kerja fokus mengajar sahaja tak buat admin , ok lah juga |
|
|
|
|
|
|
| |
|