View: 7600|Reply: 7
|
Gerai Durian Beri Percuma Musang King, Udang Merah Seberat 1,000 Kilogram Bernilai RM52,192
[Copy link]
|
|
SINGAPURA – Sebuah gerai durian di Hougang, Singapura memberikan secara percuma sejumlah Musang King dari Pahang dan variety lain seberat 1,000 kilogram bernilai S$15,000 (RM52,192) kepada orang ramai, lapor portal berita asiaone semalam.
Pemberian durian itu berlangsung selama dua setengah jam baru-baru ini, selepas buah itu ‘licin’ diberikan kepada orang ramai yang beratur untuk mendapatkannya, lapor akhbar Shin Min Daily News.
Sebelum ini, gerai sama dilaporkan akan menjual durian premium Musang King atau Mao Shan Wang pada harga S$5 (RM17.39) sebiji, maksimum dua biji bagi setiap pelanggan warga emas yang merupakan Generasi Perintis dan pemegang kad Skim Bantuan Kesihatan Komuniti.
Namun, pemilik gerai menukar rancangan apabila mengumumkan akan memberikan sebiji durian bersama sebotol air minuman kepada setiap warga emas berkenaan yang tergolong dalam Generasi Merdeka.
Pemilik gerai itu, Stella Soh, 51, memberitahu bahawa jumlah kos pemberian itu ialah S$15,000 dengan jenis durian terdiri daripada Udang Merah dari Johor serta Musang King dari Pahang.
“Kami berharap melalui acara ini, kami dapat menyebarkan kegembiraan kepada mereka yang mungkin tidak mempunyai kemewahan untuk membeli durian dalam masa yang mencabar ini,” katanya.
Tambah Soh, ini adalah kali pertama dia memberikan durian secara percuma. – AGENSI
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
x nmpk plk boyan dlm gmbr tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak Apek beratur rupa macam golongan yang kurang kemampuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow uncle tu manyak berani pakai baju hijau neon |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnyer durian udang merah.dah lama x mkn |
|
|
|
|
|
|
|
Masa ni kat kebun durian/kedai durian muncul la kawan2 lama....politician....abam2 enforcement |
|
|
|
|
|
|
| |
|