PETALING JAYA – Durian mengandungi sulfur dan tinggi karbohidrat manakala kopi mempunyai kafein yang boleh menyebabkan dehidrasi.
Malah, gabungan durian dan kopi boleh menyebabkan tindak balas yang tidak baik kepada badan manusia termasuklah risiko mabuk serta keracunan ringan.
Menerusi perkongsian pakar perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan di Threads hari ini, beliau menyenaraikan beberapa jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan selepas makan durian.
“Elak minum kopi, minuman beralkohol, berkarbonat, produk tenusu, makanan berminyak, pedas serta tinggi protein.
“Jangan gabungkan makanan atau minuman yang boleh beri tekanan berlebihan kepada badan. Selepas makan durian, tunggu sekurang-kurangnya empat hingga enam jam sebelum minum kopi,” katanya.
Dalam hantaran sama, beliau berkongsi antara rawatan yang boleh dilakukan sekiranya mengalami mabuk akibat makan durian.
“Rehatkan badan, minum banyak air kosong untuk bantu singkirkan toksin dalam badan serta makan makanan ringan yang mudah hadam. Jika keadaan tidak bertambah baik, pergi ke hospital untuk rawatan lanjut
“Untuk semua peminat durian, ingatlah berhati-hati dengan apa yang anda gabungkan dengan durian. Durian memang nikmat, tetapi bila salah makan, boleh mudarat,” pesannya.
of late lps makan duyan sakit kepala teruk...
kepala rasa besar je mcm alien mars attack tu...
dulu ok je, setakat hadap 3-4 bijik sensorang..tu wat ghaso2 je pada aku..
maybe faktor usia, aku assume segala kandungan durian tu dah jadi berlebihan dlm badan kot..
semalam melantak lagi..aduiii..asyik terbeli je..
Post time 18-7-2024 02:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ninja boy at 18-7-2024 02:14 PM
Durian kopek semua masuk petias, mkn sikit2 satu hari 5 kali 5 ketul x sempat mengopi terus bantai air masak cam biasa kasi kencing keluar
Org yg ada gout pun sama cam biasa kena minum air byk kasi kencing keluar. Urin tu byk jgn mkn protein daging seafood dan ayam berlebihan, penat ginjal proses.
Post time 18-7-2024 02:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
monreyes replied at 18-7-2024 01:29 PM
of late lps makan duyan sakit kepala teruk...
kepala rasa besar je mcm alien mars attack tu...
dulu ...
Samala kita...ai baru lepas beli 20 biji durian..mkn 1 biji esoknya terus anxiety, mood swings, jantung berdebar, pi google nk rendahkan balik level gula dia bg advised suruh mkn berries( blueberries+ strawberry ai beli), kiwi, nenas, avocado, pisang, anggur...ai pi supermarket terus beli kesemua buah2 ni dlm RM100 ++ belanja buah buah yg dicadangkan ni..baru rasa ok...teruk betul penangan buah doyan...
Post time 20-7-2024 09:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah berusia ni dah takleh bedal durian fresh yg baru kopek..gas dia tu adui buat mabuk..dah la iols drive masa tu asyik la sendawa bau durian..kalau mkn pil charcoal ok tak utk legakan gas tu?
Betul, saya pernah alaminya, iaitu makan durian kemudian minum kopi, terasa dunia ni berpusing2. Mujurlah makan tak terlalu banyak. Shnga hari ini saya berjaga2 untuk tidak minum kopi selepas makan durian.