CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9340|Reply: 0

England temu Sepanyol final Euro 2024

[Copy link]
Post time 11-7-2024 08:02 AM | Show all posts |Read mode

Pemain England meraikan kejayaan menundukkan Belanda 2-1 pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto AFP
DORTMUND, Jerman: England mara ke final Euro 2024 selepas jaringan minit akhir oleh pemain gantian, Ollie Watkins membantu pasukan itu meraih kemenangan 2-1 ke atas Belanda di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan mereka akan berdepan Sepanyol yang menewaskan Perancis juga dengan keputusan sama, awal pagi Isnin ini.

Belanda mendahului seawal minit ketujuh selepas Xavi Simons menghukum kesilapan Declan Rice yang hilang penguasaan bola menerusi percubaan jarak jauh.

Three Lions bangkit memberi tentangan namun sama seperti ketika berdepan Switzerland yang menyaksikan mereka memerlukan sepakan penalti untuk mara ke separuh akhir apabila Harry Kane dikasari oleh Denzel Dumfries.

Penyerang Bayern Munich itu menyempurnakan sepakan penalti kontroversi yang disifatkan Gary Neville sebagai 'memalukan' selepas semakan mengambil masa lama menerusi video bantuan pengadil (VAR) sebelum percubaan Phil Foden hampir meletakkan mereka di depan.

Ketika perlawanan seakan diheret ke masa tambahan, Watkins yang menggantikan Kane menyambut hantaran Cole Palmer sebelum menyudahkannya ke dalam gawang Belanda untuk gol kemenangan mereka. – AGENSI


Pemain pertahanan Belanda, Denzel Dumfries menyelamatkan bola di atas garisan susulan percubaan pemain England, Phil Foden pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto AFP


Penjaga gol England, Jordan Pickford gagal menyelamatkan percubaan Xavi Simons bagi gol pembukaan Belanda pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto AFP


Penyerang England, Ollie Watkins (kiri) dan pertahanan Marc Guehi meraikan kemenangan pasukan mereka ke atas Belanda pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto AFP




















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.033095 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list