View: 22575|Reply: 5
|
Ali XPDC stabil, keadaan jantung masih lemah dan perlu bernafas dengan bantuan oksigen
[Copy link]
|
|
Isteri kepada penyanyi Ali XPDC iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned memaklumkan keadaan suaminya stabil tetapi masih perlu bernafas dengan bantuan oksigen.
Bagaimanapun menurutnya keadaan jantung Ali lemah dan perlukan pemantauan dari doktor. "Alhamdulillah... suami pun dah dimasukkan ke wad pagi tadi. Dia ditempatkan di Wad 5B, katil 23. Sepanjang di sini dia akan menerima rawatan sepenuhnya untuk masalah jantung.
"Tak pastilah berapa hari dia akan ditahan di sini. Saya dah tanya doktor dan sekurang-kurangnya lima hari kerana dia akan diberi ubat selama tiga hari dan dua hari lagi pemantauan," katanya kepada Harian Metro.
Sharifah Azuwanna berkata, suaminya juga boleh menerima pelawat dan mereka boleh berkunjung mengikut waktu melawat yang ditetapkan oleh pengurusan hospital.
Terdahulu penyanyi XPDC Militia ini dimasukkan ke unit kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat Ipoh, Perak, pagi semalam selepas mengalami semput dan kesukaran bernafas.
Sharifah Azuwanna membawa suaminya untuk membuat rawatan secara perubatan Islam bagi merawat penyakit jantung yang dihidapinya.
"Saya menemani suami untuk buat rawatan perubatan Islam dan urutan serta menumpang di rumah rakan suami di Ipoh.
"Selepas ustaz buat rawatan dia beritahu keadaan buah pinggang dan jantung suami yang bengkak sedikit dan meminta suami dibawa ke klinik.
"Saya bawa suami ke klinik dan suami pula semput serta susah nak bernafas hingga doktor terpaksa buat pemeriksaan Elektrokardiogram (ECG) malah beritahu ada serangan jantung serta minta suami dirujuk ke hospital berhampiran," katanya.
Bagaimanapun Sharifah Azuwanna memutuskan untuk menghantar suaminya mendapatkan rawatan di Hospital Ipoh kerana memikirkan perjalanan ke Hospital Serdang mengambil masa lebih dua jam.
Sebelum ini, Ali dikejarkan ke wad kecemasan, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang kerana mengalami sesak nafas di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi pada 18 April lalu.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Baik takyah melawat sgt kut nanti penat pulak
Pakej sekali bawak penyakit
Dah buat angio belum? |
|
|
|
|
|
|
|
moga cepat sembuh dan tiada musibah lain mendatang |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan segala urusan
lain nampak rupa bila sakit ni banding dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Moga dikurniakan kesembuhan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|