CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60792|Reply: 14

Euro 2024 : Sepanyol atau England siapa bakal bergelar juara?

[Copy link]
Post time 12-7-2024 10:09 PM | Show all posts |Read mode






Berlin: Sepanyol berada pada tahap terbaik dengan England pula semakin mempamerkan aksi cemerlang sudah pastinya menjanjikan aksi menarik di pentas final Euro 2024 yang berlangsung awal pagi Isnin.


Kedua-dua pasukan mempunyai misi besar dengan bercita-cita melangkah ke Olympiastadion untuk mencapai matlamat masing-masing dengan cara berbeza.


Sepanyol yang dilihat mempunyai kelebihan berdasarkan kepada rekod mereka melangkah ke final memenangi hampir semua perlawanan dalam tempoh 90 minit kecuali bertemu tuan rumah iaitu Jerman dengan keseluruhan 13 jaringan.


Sumbangan 'wonderkid' berusia 16 tahun Lamine Yamal hampir menamatkan kisah dongeng mereka sebagai pasukan terbaik untuk memenangi Euro 2024.


Lain pula England, jika dilihat pada awalnya hampir tersingkir pada peringkat 16 pasukan ketika menentang Slovakia sebelum Jude Bellingham menyumbat gol penyamaan pada masa kecederaan.




Pujian harus diberikan kepada England kerana mereka bangkit selepas perlawanan terbabit seterusnya mencipta kemenangan terhadap Belanda sekali gus memberi peringatan atau membuka mata semua pihak terhadap pasukan itu.


Perlawanan final adalah pentas akhir kedua berturut-turut buat England dengan sebelum ini mereka tumpas kepada Itali di Wembley menerusi sepakan penalti.


Mengikut rekod, England belum pernah lagi menjulang piala di kejohanan utama selepas kali terakhir adalah pada Piala Dunia 1966.


Lain pula dengan Sepanyol yang sebelum ini adalah juara di pentas Eropah sebanyak tiga kali selain turut memenangi Piala Dunia dan Liga Negara tahun lalu.


Ketika pujian sering diberikan kepada jurulatih mereka Luis de la Fuente yang dinaikkan pangkat ke pasukan utama untuk menggalas cabaran itu sejak Piala Dunia Qatar yang menyaksikan Sepanyol tewas kepada Maghribi di pusingan 16 pasukan terbaik.


Kelebihan yang dimiliki adalah beliau mengenali sebahagian besar skuad itu sejak mereka masih muda selain turut memberi penekanan terhadap pengurusan pasukan yang baik.


Hampir enam tahun sudah berlalu sejak pertemuan terakhir antara England dan Sepanyol di Valencia, di mana England mendahului 3-0 pada separuh masa pertama dan bertahan untuk kemenangan 3-2.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2024 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Entahlah, dah lama tinggalkan bola.. tp rasa Spain lah kot.. Copa America lak Argentina kot juara.. just personal opinion
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
X laku rasanya thread2 cam ni. Majority acik2 x minat bola. Tau2 dh final ye
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Jdt kot yg menang
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 12:44 PM | Show all posts
nak england lah menang. support kampung laki!
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Spain la kot.biar england meratib coming home 100 tahun lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2024 01:46 PM | Show all posts
Tak kezza
Jauh lagi kezza novak vs carlos showdown
Sentimental value rooting for novak
Tapi dah carlos umur baru 21, mampu berlari macam kuda baru lepas kandang
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Yamal akan score lagi benam tiga singa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2024 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Spain. Copa America plak goes to Argentina.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua kali aku tengok semi final, terus demam sebab tak cukup tido. Kena tidur awal pulak esok get ready untuk final. Jangan demam lagi sudah
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap Spain la menang nanti. Dulu2 time final euro mmg tunggu la, sekarang faktor usia mungkin, tunggu result je lah. Malas dah nak bersengkang mata pukul 3 pagi hari isnin pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 04:53 PM | Show all posts
Tak kisah la pasukan mana yang angkat pun.. Yang penting kalau bukan melibatkan pasukan Malaysia, memang bersikap neutral..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 04:54 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 13-7-2024 11:38 AM
X laku rasanya thread2 cam ni. Majority acik2 x minat bola. Tau2 dh final ye

Memang la melainkan bola Piala Dunia baru nafsu layan..

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngantok2 i layan euro ni.. so i tan tan tut je setiap game.. dari dulu england tak pernah jadi pilihan..

Spain menang dlm tempoh 90 minit.. tolong la jgn drag sampai penalti..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 06:36 PM | Show all posts
Setakat ini england main cukup makan jer... itu pun akhirnya masuk final. semi final hari tu game play england ada improvement tapi rasanya masih dibawa spain..

.. gameplay spain menang, tp bola itu bulat, bukan gameplay sahaja yg penting, ada luck, ada motivasi, ada strategi, ada fitness pemain, endurance masa game tak boleh down,

jika drag masuk penalty ni nasiblah siapa yg dah berlatih awal-awal tendangan penalti, england quarter final penaltu tu siap kata dah keluar dari sumpahan sbb tak sangka menang ...

susah nak kata dgn yakin siapa menang.. mungkin spain ada sedikit kelebihan tetapi dlpadang semuanya warrior.. tengok 20 minit pertama jika spain dpt kuasai game mungkin spain akan menang  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047904 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list