CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49347|Reply: 0

Menara London lokasi hantu 'VVIP' merayau

[Copy link]
Post time 14-7-2024 04:20 PM | Show all posts |Read mode


MENARA London dikatakan antara bangunan paling berhantu di United Kingdom (UK). FOTO Vladislav Zolotov/iStockphoto


London: Menara London dianggap sebagai satu daripada bangunan paling berhantu di United Kingdom (UK) dan dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya 13 hantu termasuk menyerupai beberapa individu terkenal.

Mirror UK melaporkan antara hantu itu ialah Raja England, Henry VI, yang meninggal dunia di Menara London pada tahun 1471.

Ada yang mengatakan dia meninggal dunia kerana patah hati selepas mengetahui kematian anaknya Edward dari Westminster, manakala yang lain mengatakan dia dibunuh dengan perintah Raja Edward IV yang dua kali merampas takhtanya.

Hantu Henry dilaporkan menghantui Menara Wakefield, dan akan muncul pada tengah malam.

Hantu Diraja lain yang dianggap menghantui menara ialah Edward V, dan abangnya Putera Richard, yang dikenali dalam sejarah sebagai Putera di menara, yang hilang pada tahun 1483, mungkin dibunuh atas perintah bapa saudara mereka Raja Richard III.

Roh sesetengah individu yang dibunuh di Tower Green dikatakan masih berada di tempat kematian mereka, dengan pelawat dan mereka yang bekerja di menara melaporkan pernah melihat hantu Anne Boleyn, Margaret Pole dan Lady Jane Grey.

Pada tahun 1876, seorang askar yang ditempatkan di menara mendakwa melihat perarakan hantu kesatria dan wanita, diketuai oleh seorang wanita tanpa kepala dipercayainya sebagai Anne Boleyn.

Hantu menyerupai tokoh lain yang dipenjarakan atau diseksa di menara juga pernah dilihat, termasuk Sir Walter Raleigh yang menghabiskan lebih 13 tahun di 'Menara Berdarah' itu, dan Arbella Stuart yang kelaparan selepas dipenjarakan kerana berkahwin tanpa persetujuan.

Beberapa pelawat juga mendakwa mendengar jeritan Guy Fawkes, yang mungkin diseksa di dalam dinding menara.

Menariknya, bukan hanya figura manusia yang dikatakan menghantui kawasan menara, malah seekor beruang hantu juga dilaporkan oleh wardar menara.

Satu lagi hantu yang agak menakutkan ialah 'benda tanpa nama' atau 'entiti ganas', yang dilaporkan menghantui pengawal menara.


Disiarkan pada: Julai 14,



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.035280 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list