CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37172|Reply: 6

[Tempatan] PMX kata Guru langgar disiplin harus dikecuali naik pangkat secara 'time based'.Anda setuju?

[Copy link]
Post time 14-7-2024 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BANGI – [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, guru yang cuai, langgar disiplin dan prestasi lemah harus dikecualikan daripada kemudahan kenaikan pangkat secara 'time-based'.


Beliau berkata, kerajaan menerima prinsip kenaikan pangkat secara 'time-based', namun menegaskan bagi guru yang cuai dan lemah dari segi disiplin, kemudahan itu akan dibatalkan.

“Kalau disiplin (guru) lemah, kalau dalam setahun tak pergi sekolah banyak kali, saya nak batalkan (time-based)

Jadi kita harus teliti, tapi saya percaya 90 peratus tak ada masalah,” katanya ketika berucap di majlis sambutan Jubli Emas Penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), di sini pada Sabtu.

NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based'

Dalam pada itu, NUTP menyokong langkah kerajaan mengecualikan guru yang lemah, cuai dan melanggar disiplin daripada mendapat kenaikan pangkat secara 'time-based', bagi memastikan kualiti dan produktiviti guru setanding dengan gred yang dipegang mereka.

Aminuddin dalam menyokong pengumuman Perdana Menteri berhubung perkara berkenaan berkata, langkah itu juga perlu agar hanya guru yang benar-benar berkelayakan mendapat kenaikan pangkat.

“Dalam keadaan sekarang pun 'time-based' kita berasaskan kecemerlangan, bukan automatik. Kita ada elemen penilaian oleh ketua jabatan, masa naik pangkat kita tengok kriteria kecemerlangan, daripada segi markah, penilaian prestasi.

“Kita tidak mahu mereka yang tiada kualiti tiba-tiba naik pangkat, sama sebagaimana mereka yang berhempas pulas, jadi bagi memastikan aspek kecemerlangan pendidikan kita sokong pengumuman ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Jubli Emas NUTP di sini pada Sabtu.

Terdahulu Aminuddin dalam ucapannya meminta agar kerajaan menambah baik atau mengekalkan kenaikan pangkat secara 'time-based bagi golongan pendidik dalam Skim Saraan Baharu Perkhidmatan Awam yang akan diumum kelak.

Beliau berkata, sistem berkenaan adalah antara inisiatif terbaik yang diwujudkan kerajaan sejak sekian lama, yang membantu kira-kira 450,000 pendidik seluruh negara mendapat kenaikan pangkat setelah mencapai tempoh tertentu dalam perkhidmatan.

“Mengapa kerajaan wujud ‘time-based’ kepada guru – kerana kita ada 450,000 guru, sekolah kita hanya ada 10,223 buah sahaja. Kalau tak ada 'time-based' daripada 450,000 guru itu, hanya sedikit sahaja guru boleh naik pangkat, contohnya masuk dengan gred DG29 kerja 33 tahun, keluar (pencen) dengan DG29 juga,” katanya.

Ditubuhkan pada 1974, NUTP adalah hasil gabungan dua kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGGSK) dan berfungsi sebagai sebuah kesatuan pembela profesion perguruan. – Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2024 11:22 PM | Show all posts
Setuju, ini saja cara nak ajar cikgu2 pprt low class yg tak bergerak selari dgn masa. Ciikgu2 yg panas baran cepat naik tgn kat anak org mulott suka memaki anak2 org biar tak payah naik pangkat bangsat2 ni. Klu tak blh handle emosi jgn keja dgn manusia ko masuk keja pejabat yg takde 24jam ko kena hadap manusia ko buat keja ko sorg2
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 01:05 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Setuju...! Dengang syarat ahli politik sembang kencang pong kena kecuali jugak naek pangkat...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla naik lemak kerja tak buat prestasi tah kemana
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat betul dendam nuart dgn cikgu yg kutuk dia pasal naik gaji hujung tahun nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 10:12 PM | Show all posts
Selain cikgu cemana staff yg lain plak..??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Halo bangnon..guru pedo sila pecat & blacklist dr jawatan yg berkenaan dgn kanak2

Sekian hrp ditunaikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-8-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.050074 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list