CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26142|Reply: 17

Murung putus tunang, Penganggur didenda RM1,000 mengaku ugut pukul bapa dengan kayu golf

[Copy link]
Post time 18-7-2024 07:55 PM | Show all posts |Read mode




BATU PAHAT: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengugut mahu memukul bapanya dengan kayu golf, Mei lalu.


Muhammad Muslim Mohd Ali, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.


Muhammad Muslim didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan jenayah terhadap bapanya berusia 67 tahun di sebuah rumah di Penggaram, di sini, 7.30 pagi, 15 Mei lalu.


Seksyen 506 Kanun Keseksaan  memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan dilakukannya.


Fakta kes, pada jam 8.20 malam, 14 Mei lalu, pengadu yang juga abang tertuduh dihubungi adik beradiknya memaklumkan berlaku pertengkaran antara lelaki itu dengan bapanya.


Dalam pertengkaran itu, tertuduh mengugut mahu memukul bapanya menggunakan kayu golf menyebabkan warga emas itu ketakutan lalu keluar menyelamatkan diri.


Abang tertuduh yang bimbang akan keselamatan bapanya lalu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada hari kejadian.


Bertindak atas laporan dibuat, polis berjaya menahan tertuduh di rumahnya pada jam 7.20 pagi keesokannya hari bagi membantu siasatan.


Sebelum ini, mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani rawatan psikiatri selepas dia didakwa mengalami kemurungan.


Hasil laporan daripada pihak Hospital Permai Johor Bahru hari ini, mahkamah memutuskan tertuduh layak untuk dibicara serta memberi pengakuan di mahkamah kerana berupaya mengetahui apa jua tindakan dibuatnya.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid, manakala tertuduh diwakili peguam Zulyati Awang.


Dalam pada itu, peguam tertuduh dalam rayuannya memberitahu, anak guamnya bertindak sedemikian kerana kecewa selepas putus tunang awal tahun lalu.


Mahkamah kemudian memutuskan tertuduh didenda RM1,000 dan memerintahkannya dipenjara sebulan jika gagal membayarnya.


Sumber : BuletinTV3






Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg baju hitam ke baju putih?

Bagus abg fikir nak selamatkan ayah. Gaduh adik beradik blh berbaik, tapi nyawa tak blh ganti.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko dapat kayu golf dari mana? Bapak ko main golf ke?


Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa bila sebut jer kayu golf...nostalgia payung kuning bermain difikiran ku?

Very scary..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 09:30 PM | Show all posts
lasagnaklcc: Yg baju hitam ke baju putih? Bagus abg fikir nak selamatkan ayah. Gaduh adik beradik blh berbaik, tapi nyawa tak blh ganti.

tunang dia yang hijau kat belakang tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dia kena pakai jurubahasa? Sebab dia x reti bahasa ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 18-7-2024 09:30 PM
tunang dia yang hijau kat belakang tu

Sempat lagi uols


Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Baju hitam ngan putih adik beradik? Dua2 mcm terencat akal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2024 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
ni mesti bewak kan
duk dgn mak pak pastu tak kerja
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
star_karat replied at 19-7-2024 01:17 AM
Baju hitam ngan putih adik beradik? Dua2 mcm terencat akal.



So, salah bapak nye lah kan....apo lah hakim, kene check urine hakim ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullilah putus tunang. Bekas tunang dia sujud syukur terlepas dari orang baran dan kaki pukul. Celaka sungguh perangai
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 11:23 AM | Show all posts
agaknya masa bertunang belum menganggur kot.. bila menganggur je tunang terus angkat kaki... tu yang frust tu.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 11:33 AM | Show all posts
ni mmg baran bukan OKU
kluarga pun tak leh control
da tak keja, boleh pulak nak bertunang2 plus kepala angin
mmg bye bye la
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 03:46 PM | Show all posts
lps selesai ni pi duk jauh2
x blh serumah ni


Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kene mandi bunga bawah jambatan ni dekkk byk nau kesialan dlm hidup...gituhh iols mengeji
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 04:31 PM | Show all posts
tunang blaa sbb baran kot eh? Allahu, nsib x jd apa2 kat pakcik tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang betul tindakan adik beradik tu. Ugut nak buat kekerasan pada org tua. Mmg perlu dinilai his mental condition
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 02:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.717125 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list