CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52425|Reply: 91

[Tempatan] Beirta buruk dari Bank Negara.

[Copy link]
Post time 21-7-2024 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Pelaksanaan Keperluan Pembayaran Bersama bagi Produk Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan
Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberikan penjelasan berkenaan dengan pelaksanaan keperluan pembayaran bersama (co-payment) bagi produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (medical and health insurance and takaful, MHIT).
Dokumen Dasar Perniagaan Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan bertujuan untuk menggalakkan penawaran MHIT yang berterusan dan lebih mampu milik berikutan inflasi kos perubatan yang terus meningkat. Pada tahun 2023, Malaysia mencatatkan inflasi kos perubatan sebanyak 12.6%, yang jauh lebih tinggi daripada purata global sebanyak 5.6%.
Berkuat kuasa 1 September 2024, penanggung insurans dan pengendali takaful (insurers and takaful operators, ITO) dikehendaki menawarkan pilihan kepada pengguna untuk membeli produk MHIT yang mempunyai ciri-ciri pembayaran bersama. Pengguna yang telah membeli produk MHIT tanpa ciri-ciri pembayaran bersama boleh mengekalkan produk MHIT sedia ada mereka. ITO juga boleh terus menawarkan produk MHIT tanpa ciri-ciri pembayaran bersama kepada pengguna baharu.
Dengan adanya produk MHIT yang mempunyai ciri-ciri pembayaran bersama, pengguna dapat memilih produk MHIT pada kos yang lebih rendah berdasarkan kemampuan kewangan dan keperluan mereka. Produk MHIT dengan ciri-ciri pembayaran bersama bukanlah sesuatu yang baharu dalam pasaran Malaysia. Berdasarkan pemerhatian semasa, tahap premium/sumbangan untuk produk MHIT dengan ciri-ciri pembayaran bersama didapati lebih rendah sebanyak 19% hingga 68% berbanding dengan produk yang serupa tetapi tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Tahap premium/sumbangan ini bergantung pada tahap pembayaran bersama yang dipilih. ITO juga dikehendaki menawarkan pelbagai tahap pembayaran bersama yang memenuhi keperluan kewangan dan situasi pengguna yang berbeza-beza. Pembayaran bersama juga tertakluk pada had maksimum yang ditetapkan oleh ITO bagi mengehadkan jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh pemilik polisi/peserta takaful.
Bagi meningkatkan lagi tahap mampu milik MHIT serta melindungi kepentingan pengguna, Dokumen Dasar Perniagaan Perniagaan Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan juga menetapkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh ITO seperti yang berikut:

  • Pembayaran bersama tidak terpakai dalam keadaan berikut:

    • Rawatan kecemasan, termasuk untuk kes kemalangan;
    • Rawatan pesakit luar untuk rawatan susulan bagi penyakit kritikal seperti kanser, atau dialisis buah pinggang; dan
    • Rawatan di fasiliti kesihatan Kerajaan.
  • ITO perlu memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada sebarang kesulitan kewangan atau keadaan yang dihadapi oleh pemilik polisi/peserta takaful. ITO boleh menggunakan budi bicaranya untuk memberikan pengecualian terhadap pembayaran bersama dalam keadaan sedemikian.
Pengambilan produk MHIT dengan ciri-ciri pembayaran bersama yang lebih meluas secara beransur-ansur bertujuan untuk membantu membendung inflasi kos perubatan di Malaysia melalui kawalan terhadap penggunaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berlebihan. Langkah ini dilaksanakan bersama-sama pembaharuan perkhidmatan penjagaan kesihatan lain yang terkandung dalam Kertas Putih Kesihatan yang telah diterbitkan oleh Kerajaan. Ini termasuk meningkatkan ketelusan kos perubatan supaya pengguna dapat membuat pilihan yang sesuai apabila mendapatkan perkhidmatan kesihatan serta mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan. Oleh itu, pendekatan seluruh negara (whole-of-nation approach) diperlukan untuk membendung inflasi kos perubatan sepanjang rantaian nilai penjagaan kesihatan (healthcare value chain).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Insurans tu haram diambil, yang takaful baharu halal, takaful Malaysia, berlandaskan hukum syarak, berprinsipkan al-mudhorobah, berkongsi untung bersama, al-murobahah eh



Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 06:29 PM | Show all posts
so apa kah kesan nya
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 21-7-2024 06:29 PM
so apa kah kesan nya


No more peace of mind walau ada medical insurance.Dulu kalau tak ada excess....kos Rm30000, ins bayar Rm30000. Skrg ni Rm3000 customer bayar yg lain baru ins bayar. Still kena ada duit bnyklah. Bertabahlah mak bapak yg ada anak2 selalu warded tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 07:22 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 21-7-2024 06:43 PM
No more peace of mind walau ada medical insurance.Dulu kalau tak ada excess....kos Rm30000, ins ba ...

adik ipar kaka kena rm1200 cucuk air je sebab xadmit.. kalau kaka tahu kaka belikan air cap badak satu karton
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2024 07:29 PM | Show all posts

Kalau u ada pakej insuran yang lama2
u akan perasan harga claim dari hospital mengarut2.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-7-2024 07:30 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 21-7-2024 11:22 AM
adik ipar kaka kena rm1200 cucuk air je sebab xadmit.. kalau kaka tahu kaka belikan air cap badak  ...

K.J host Keluar Sekejap dah cakap bende ni.sebab dia dulu handle kesihatan kan.
yang jadi persoalan : kenapa bank negara yang buat pengumuman.

kita semua tahu bank kepala otaknya $$$$$$
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 21-7-2024 07:22 PM
adik ipar kaka kena rm1200 cucuk air je sebab xadmit.. kalau kaka tahu kaka belikan air cap badak  ...

Ki kih kih...habis cap badak kedai runcit kaka borong nanti. Tinggalkan sikit kat kami.nak beli sama.

Kwn2  kaka ada bgtau air bubbles jual di 7 e dan petronas sangat baik utk batuk yg lama tak sembuh. Kawan ada try, mmg sembuh batuk 2 bulan dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2024 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 21-7-2024 07:35 PM
Ki kih kih...habis cap badak kedai runcit kaka borong nanti. Tinggalkan sikit kat kami.nak beli sa ...

Air bubbles mana ni? Bleh pakai masa musim panaih ni.. tekak slalu kering
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 21-7-2024 06:43 PM
No more peace of mind walau ada medical insurance.Dulu kalau tak ada excess....kos Rm30000, ins ba ...

chuols...takleh hadam lg iols ni.
contoh: anak warded semgu demam total bill rm15k. so insurance cover total tu ke caner??

bc byk2 atas tu pun x brp nak faham
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni lah negara kapitalism, kerajaan cuma mengiakan permintaan kapitalis. Bank negara bolrh jer set harga siling suruh kapitalis work out the pricing backwards tapi engkau tolong rakyat dapat? Engkau tolong kapitali$ dpt apa???
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulak!
Yg insurance nak kedekut dgn patient.
Yg sepital nak sedut drpd patient.

Nyayo ore tu dah lah sakit, dah bayar insurance monthly, nak discharge pahtu tubik pitih lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba bebaru ni aku teringat kawan aku microsleep masa drive, accident masuk longkang. Nasib baik la tak parah tp adalah masuk wad, mc seminggu, lebam skit-skit. Ujung-ujung insurans dia kena tolak hokkay. Sbb accident tu dikira kecuaian dia sendiri, benda yg boleh dielak. Yg diterima insurans kereta cover repair kereta dia je tp yg tu die rela pakai duit sendiri sbb syg ncd katenye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2024 10:32 PM | Show all posts
syamzana replied at 21-7-2024 01:54 PM
chuols...takleh hadam lg iols ni.
contoh: anak warded semgu demam total bill rm15k. so insurance c ...

u keluarkan dulu 5% untuk cover kos.
tapi i di fahamkan ini utk pakej yang baru .
kalau pakej u pakej lama u might experience some " tak cukup cover"
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Membendung inflasi katenye. Pdhal masa naikkan interest smpi 4 kali sethn tu pun alasan nk bendung inflasi tapi tetap jugak naik inflasinye. Sape gabenor bank negara skrang ni ngape nmpk sgt dia nak jaga bankers je skrang nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2024 10:35 PM | Show all posts
mawardia replied at 21-7-2024 02:24 PM
Pulak!
Yg insurance nak kedekut dgn patient.
Yg sepital nak sedut drpd patient.

kat FB ada viral kes AIA reject claim orang jatuh tingkat 1.
reject bukan apa. sebab claim sikit sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2024 10:38 PM | Show all posts
annehuda replied at 21-7-2024 02:32 PM
Membendung inflasi katenye. Pdhal masa naikkan interest smpi 4 kali sethn tu pun alasan nk bendung i ...

nasib baik i dah cancle insuran 6 tahun lepas. masa tu insuran premium tetiba auto naik.
alasan kos naik. di suruhnya kita sign form gi bank utk sahkan kenaikan baru.
i gi office prudential i cancel semua
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 21-7-2024 10:38 PM
nasib baik i dah cancle insuran 6 tahun lepas. masa tu insuran premium tetiba auto naik.
alasan ko ...

Giga dapat duit balik tak?

I cancelled my life insurance.
Dapatlah sikit duit.
Medical card jer I bayar lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 21-7-2024 10:32 PM
u keluarkan dulu 5% untuk cover kos.
tapi i di fahamkan ini utk pakej yang baru .
kalau pakej u p ...

oooo...tq2

sama tak method yg minta depo masa awal admission tu? tapi takde la 5% kot biasanya 500 tp pernah 1.5k sbb wad isolation katenyehhh (i perasan kat satu spital K je mcm ni, spital lain takde plak).
pasni agaknya kene byr byk lagi la kot sbb tak cukup cover
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 21-7-2024 10:31 PM
Tetiba bebaru ni aku teringat kawan aku microsleep masa drive, accident masuk longkang. Nasib baik l ...

Medical coverage ke?
Dia tak nak bayar?
Eh tagune punya insurance!
Company mana ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.333349 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list