CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21170|Reply: 0

[Johor] 2 'Superman Junior' ditahan pamer aksi berbahaya

[Copy link]
Post time 22-7-2024 08:38 AM | Show all posts |Read mode


Batu Pahat: Dua pelajar termasuk seorang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempamerkan aksi 'Superman' dan 'zig zag' di Kilometer 105.4 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Yong Peng, di sini, ditahan, semalam.

Kedua-dua pelajar berusia 17 tahun terbabit ditahan selepas video aksi mereka tular bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima satu rakaman video dimuat naik di media sosial memaparkan mereka melakukan aksi berbahaya.

Katanya, sepasukan anggota Skuad 42 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat membuat pengecaman terhadap motosikal melalui video terbabit.

"Selepas membuat semakan nombor pendaftaran pada motosikal itu melalui sistem Mcops, polis mengesan alamat mereka di Ulu Tiram, Johor Bahru.

"Polis kemudian berjaya mengesan pemilik motosikal yang juga bapa suspek. Pada masa sama, bapanya turut mengesahkan individu menunggang aksi terbabit adalah anaknya.

"Hasil soal siasat terhadap anak lelakinyat, polis berjaya mengesan suspek kedua bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Shahrulanuar berkata, kedua-dua pelajar terbabit ditahan dan dibawa ke IPD Batu Pahat untuk tindakan lanjut, manakala motosikal ditunggangi mereka turut dirampas.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati seorang daripadanya adalah pelajar sebuah kolej vokasional, manakala seorang lagi belajar di sebuah sekolah menengah di Ulu Tiram.

"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 yang mana boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda maksimum RM15,000 jika sabit kesalahan," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.033131 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list