CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13065|Reply: 0

[Johor] Pusat tuisyen terbakar, pelanggan pasar raya bertempiaran lari

[Copy link]
Post time 23-7-2024 03:30 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba memadam kebakaran sebuah pusat tuisyen kanak-kanak di Taman Evergreen Height, malam tadi. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Pelanggan dan pekerja sebuah pasar raya di Taman Evergreen Height, di sini, bertempiaran lari selepas sebuah pusat tuisyen kanak-kanak terbakar, malam tadi.

Kebakaran pusat tuisyen yang terletak di tingkat atas bangunan rumah kedai dua tingkat itu disedari pada jam 9.30 malam oleh seorang pekerja pembersihan sebelum memaklumkan kepada salah seorang kakitangan pasar raya terbabit.

Pekerja pasar raya, Muhd Azhar Azman, 32, berkata sebelum kejadian, dia bersama rakan sekerja sedang sibuk menguruskan tugas masing-masing.

Menurutnya, secara tiba-tiba muncul seorang pekerja pembersihan wanita memberitahu premis tingkat atas bangunan itu terbakar.

"Waktu itu memang ramai pelanggan... semua lari, ada yang bawa troli hingga langgar kereta di parkir hadapan pasar raya.

"Kami pun tidak terhidu apa-apa bau hangit. Saya segera menaiki tangga untuk melihat kejadian sebenar, namun gagal kerana asap sudah memenuhi semua ruang atas bangunan itu.

"Saya sempat memanggil kerana khuatir ada orang di dalamnya. Mujurlah kejadian ini berlaku ketika ketiadaan penghuni terutama kanak-kanak," katanya ketika ditemui di lokasi.

Katanya lagi, bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku, dia segera mematikan semua suis sebelum menghubungi bomba.

Jelasnya, pusat tuisyen kanak-kanak itu dibuka hanya akan ditutup sekitar jam 6 petang, setiap hari.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Ayub Majid berkata, pihak menerima panggilan kecemasan pada jam 9.37 malam.

Beliau berkata, seramai 17 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba Batu Pahat dan Penggaram dikerahkan ke lokasi bagi membantu memadam kebakaran.

"Kebakaran itu membabitkan dua unit kedai struktur kekal di tingkat dua. Kedua-dua unit kedai terbakar dan kami mengambil masa hampir dua jam untuk memastikan api dipadam sepenuhnya.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.034899 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list