View: 17569|Reply: 18
|
Gangguan Bekalan Air Tujuh Daerah Di Selangor Dan Kuala Lumpur Selesai Selewatnya Jumaat Ini
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Gangguan bekalan air melibatkan jutaan pengguna di tujuh daerah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka selesai selewat-lewatnya pada Jumaat ini.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, empat loji rawatan air (LRA) yang dihenti tugas susulan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang, Sungai Kuang dan Sungai Sembah kembali beroperasi bermula pukul 3 petang tadi.
Jelas beliau, LRA Rantau Panjang dan LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 (SPP1, SSP2 dan SPP3) beroperasi selepas bacaan 0 ton dicatatkan tiga kali berturut-turut.
“Justeru, pengagihan air melibatkan LRA Rantau Panjang mula dilaksanakan bermula pukul 6 petang tadi manakala tiga SSP pula seawal 8 pagi esok.
“Namun, proses pengagihan itu akan dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan kita jangka ia selesai sepenuhnya pada Jumaat ini,” katanya pada sidang akhbar khas di Bilik Gerakan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, malam ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan kira-kira 1.1 juta pengguna akaun di lebih 1,000 kawasan terjejas akibat henti tugas sementara empat LRA susulan insiden pencemaran bau.
Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan gangguan air tidak berjadual itu melibatkan daerah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Dalam pada itu, kata Izham, tindakan tegas akan dikenakan terhadap sebuah kilang pemprosesan plastik dan pepejal yang dikenal pasti menyebabkan pencemaran bau sehingga mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual.
“Ia berikutan kebocoran tangki yang berlaku di premis itu menyebabkan bahan pencemar berjadual Poly Methacrylic Acid (PMAA) mengalir ke tiga batang sungai.
“Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor turut sudah mengambil tindakan termasuk mengeluarkan kompaun kepada pemilik kilang berkenaan,” ujarnya.
Tambah beliau, JAS dan LUAS akan meneruskan pemantauan di lokasi terlibat esok bagi memastikan pencemaran tidak berulang
Sumber: Kosmo
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Nnt kilang tu minta maaf...all is well...bln depan buat lg....smp AJM |
|
|
|
|
|
|
|
Up la hukuman kepada kilang tu. Denda juta2 & penjara. Bukan sikit rakyat yang terkesan kalau ada gangguan air ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah iols dah ada air malam tadi. Good job air selangor.. |
|
|
|
|
|
|
|
kompaun je ke? patut heret semua yang jadi punca tu ke mahkamah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pd sapa yg kena x ada air tiba² |
|
|
|
|
|
|
|
rumah iolls ada air dah. tq air selangor! |
|
|
|
|
|
|
|
jarang rumah iols terganggu, nasib tinggal di condo |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tak hujan |
|
|
|
|
|
|
|
Air tiada berpisah tiada selangor ni |
|
|
|
|
|
|
|
Buat la RUU penjara je... kompaun apa lagi. Lemahhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Funny masing2 drive Bmw, Merc, tapi hidup takde air macam duduk setinggan kat Philippine.
Lepas ni mesti ramai fall sick lepas air dah tercemar. |
|
|
|
|
|
|
|
Membongkak ckp negeri maju
Tapi selalu tak ada air
Xnk suruh rakyat selangor gali perigi ke
|
|
|
|
|
|
|
|
miss_white replied at 24-7-2024 09:00 PM
Membongkak ckp negeri maju
Tapi selalu tak ada air
Xnk suruh rakyat selangor gali perigi ke
Dia bukan xde air, ini kes air tercemar.
Nak buat camne, KL pon air dr selangor. Empangan air semua selangor. Kilang2 byk kat selangor. Kalau blaku pencemaran, mmg ni lah sop nya. At least xdah kes org mati minum air tcemar. Cuma kerajaan negeri atau pihak air selangor mesti saman juta2 pada pihak yg membuat pencemaran ni. Mennyusahkan org KL dan selangor je |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi tadi air still keruh. Harap saman je kilang tu. Hampir satu selangor affected kot. |
|
|
|
|
|
|
|
takde air sebab sumber sungai...tercemar, maintenance..bukan sumber dari otak bingai 30 tahun memerintah habuk pun tarak bahlol
|
|
|
|
|
|
|
|
Lega kawasan rumah kaka masih ada bekalan air lagi macam biasa. Harap2 air tersebut suci kesian pulak tengok orang sri hartamas amik air kat lori. |
|
|
|
|
|
|
| |
|