CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30273|Reply: 11

Kedah kumpul 20,000 dokumen asal sejarah hubungan Pulau Pinang - “Bukan semberono tetapi berdasarkan fakta dan dokumen sejarah"

[Copy link]
Post time 25-7-2024 08:03 AM | Show all posts |Read mode






ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan pasukan penyelidiknya mempunyai 20,000 dokumen asal dari luar negara yang menjelaskan sejarah hubungan Kedah dan Pulau Pinang suatu ketika dahulu.


Muhammad Sanusi berkata, pihaknya akan menggunakan hasil kajian tersebut untuk menentukan hala tuju baharu dalam hubungan antara dua negeri ini bagi menyelesaikan pelbagai isu termasuk tuntutan pajakan dan pampasan bekalan air.


Katanya, kerajaan negeri juga akan membentang dan mengumumkan dapatan kajian tersebut selewat-lewatnya Disember ini.


“Saya memperoleh banyak dokumen dan difahamkan 20,000 dokumen sejarah. Kebanyakannya tentang laporan daripada negeri-negeri Selat kepada kerajaan British pada masa itu.


“Saya pun sudah teliti sikit dokumen-dokumen yang berkaitan yang ada di British Library dan British National Archive yang akan menjadi sebahagian daripada rujukan kepada kajian-kajian sedang dilakukan oleh negeri Kedah,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.


Beliau menjelaskan, kumpulan penyelidik melakukan kajian ini bukan hanya untuk membolehkan tuntutan dibuat ke atas Pulau Pinang, sebaliknya ia juga dilaksanakan demi menjelaskan hubungan antara dua negeri.


“Bukan semberono tetapi berdasarkan fakta dan dokumen sejarah yang ada di sini (iaitu) di British Library dan British National Archive. Kebanyakannya adalah laporan pentadbiran negeri-negeri Selat dan ketika itu dihantar kepada House of Common dan Straits Settlement Office di London,” katanya.


Beliau berkata, dapatan kajian pasukan pengkaji terdiri daripada sejarawan dan pakar perundangan diharapkan dapat mengemukakan secara berfakta ilmiah berdasarkan hakikat sebenar kedudukan Kedah dan Pulau Pinang.




Sumber: Kosmo Online






Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by arnauld at 25-7-2024 08:56 AM

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perjelas-isu-libat-pajakan-pulau-pinang-berdasarkan-fakta-sultan-kedah-424437
Mb bkn saja kena jawab pada rakyat, kat sultan pun dia kena jawab
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 08:56 AM | Show all posts
kedah ambil balik la PP
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 08:58 AM | Show all posts
kes rosmah pun belum setel inikan pulak kes nak ambil negeri lain...gud luck la lobai.

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 01:59 PM | Show all posts
Aku harap one day Penang dapat kat Kedah balik dan dipimpin oleh PAS. Rasakan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap kelantan, kedah, terengganu tunjuk la contoh bahawa negeri anda maju Dan hebat sampaikan org berlumba2 pegi bekerja di negeri anda.  Tp rasanya  sebaliknya kan? Org xnak  tinggal  Di sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Rsenya xde masalah pun klo Penang brsatu dgn kedah. Sbb dorang cakap pun loghat utara. Sng lah asimilasi perpaduan
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 05:25 PM | Show all posts
Kalau ikut logik sanusi ni serah je perlis kedah kelate ganu ke Thai. barulah tuan tanah yang sebenar. Biar jadi macam pattani kene tindas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ade sepupu muka cmnie
Perangai annoying die je btol hahahaha
Tgok muka yg ni pn sama perangai hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aribaariba replied at 26-7-2024 05:20 PM
Harap kelantan, kedah, terengganu tunjuk la contoh bahawa negeri anda maju Dan hebat sampaikan org b ...

Org kelantan je gigih nk beranak dkt kelatan. Tu pon set2 kerja gomen. Pastu bgga undang2 tanah dorang kena lahir dkt kelantan bru dpt beli tanah. Xkan oeg selangor gigih nk beranak dkt kelantan peluang kerja pkn xde
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 09:24 PM | Show all posts
kesian.. xde sape peduli kisah engko yg basi itew...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 02:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.084490 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list