View: 21051|Reply: 12
|
Diserang angin ahmar, Sathiya jalani pemulihan di rumah
[Copy link]
|
|
Pelawak veteran, Sathiya, 60, yang terkena serangan angin ahmar ringan, Selasa lalu, kini dibenarkan berehat di rumah.
Anak sulungnya, Vickynesawwry Nayar, 34, berkata Sathiya dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, dibenarkan pulang, Rabu lalu.
Vickynesawwry berkata, doktor mencadangkan bapanya menjalani rawatan akupuntur bagi membantu proses pemulihan.
"Doktor mengingatkan ayah agar tidak tinggalkan empat perkara iaitu makan tepat pada waktu, ambil ubat, buat senaman kaki dan tangan untuk kuatkan dua anggota itu serta menjalani rawatan akupuntur.
"Jika ayah tinggalkan salah satu rutin itu, bimbang penyakit angin ahmar kembali menyerang dan mungkin jadi lebih teruk.
"Sekarang, keadaan ayah baik. Ayah boleh bercakap seperti biasa hanya kaki dan tangannya yang kebas dan masih belum kuat," katanya kepada BH Online.
Ditanya mengenai emosi Sathiya, Vickynesawwry berkata, keadaan emosi bapanya baik-baik sahaja. Namun, pelawak itu tidak boleh ditinggalkan bersendirian kerana masih belum kuat untuk berjalan sendiri.
"Ayah okay sahaja, tak nampak tanda sedih. Ayah sangat positif, lagipun emak sentiasa ada di sisinya.
"Ketika ayah diserang angin ahmar, Selasa lalu, emak ada di sisi ayah. Ketika itu, mereka baru hendak menikmati sarapan pagi.
"Buat masa ini, saya akan tinggal di rumah bapa buat sementara waktu, mungkin selama dua bulan. Saya kena tolong emak uruskan ayah. Dalam keadaan sekarang, ayah tidak boleh memandu.
"Jadi, saya kena hantar ayah jalani rawatan akupuntur berhampiran dengan kediaman keluarga," katanya.
Vickynesawwry berkata, ramai rakan artis bertanya khabar dan meminta alamat rumah mereka.
"Ramai rakan industri kreatif ambil berat keadaan ayah. Ada yang hubungi dan meminta alamat daripada kami.
"Namun, belum ada yang melawat. Mungkin mereka tidak mahu ganggu ayah yang perlu berehat," katanya.
Selain angin ahmar ringan, Sathiya menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, namun, terkawal.
Sathiya atau nama sebenarnya, Sathia Periasamy memiliki sepasang cahaya.
Beliau mula menceburi bidang seni pada 1985 dan terkenal menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Sumber: Berita Harian
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
ramai pulak yg kena stroke skg ni
nape eh? fakto mkn ke |
|
|
|
|
|
|
|
bintangct: ramai pulak yg kena stroke skg ...
Faktor makan, tak senam, kolestrol tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Patut dia dah dapat anugerah penghargaan apa2 sebab bukan senang india nak popular dalam drama melayu macam dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
paling takut kalau kena angin ahmar... ya allah mintak jauhlah dari kita semua.. mental diri and keluarga memang kena kuat sgt2 nk menjaga org strok |
|
|
|
|
|
|
|
bintangct: ramai pulak yg kena stroke skg ninape eh? fakto mkn ke
MUNGKIN FACTOR MAKAN ATAU MUNGKIN FACTOR DOSE 3...SEMUANYA MUNGKIN |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan saya cakap laa worang yang cakap ????????. Sudah tukar ka sekarang? ????????
Semoga terus sihat satiya |
|
|
|
|
|
|
|
betul. dulu2 ada Mendiang Ayappan dan Acappan. Lepas tu Sathya ni masuk industri, ganti Accapan dalm PMPMTT.
Harap geng Pasanga boleh join industri drama Melayu juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasa macam pernah terbaca sblm ni sathiya start sakit lepas 2nd dose @ booster. |
|
|
|
|
|
|
|
get well soon uncle sathiya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|