Pasukan polis Bintulu berjaya memberkas suspek yang disyaki terlibat kes pecah rumah di Bintulu.-Gambar PDRM Bintulu
BINTULU: Seorang lelaki tempatan berjaya diberkas pasukan polis Bintulu di Jalan Bounganvilla di sini baru-baru ini susulan disyaki terlibat kes pecah rumah di sekitar Bintulu. Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Nixon Joshua Ali berkata, turut dirampas daripada suspek ialah sebilah pisau kerambit berukuran 15 sentimeter.
Katanya, semakan rekod lampau suspek didapati mempunyai 10 rekod jenayah curi dan dua rekod penyalahgunaan dadah.
"Mahkamah Majistret Bintulu telah membenar permohonan tahanan reman selama lima hari ke atas suspek sehingga 29 Julai ini (2024) dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, pihak polis masih giat mengesan saki baki barang yang disyaki dicuri semasa kes pecah rumah yang dilakukan oleh suspek. Justeru tegas Nixon, pihak polis tidak akan berkompromi ke atas mana-mana individu atau kumpulan yang melakukan p erbuatan jenayah.
Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian jenayah tampil dan hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di talian 086-318304.
|