CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18161|Reply: 0

[Sarawak] 16 tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran tiga rumah di Kampung Bako

[Copy link]
Post time 26-7-2024 12:43 PM | Show all posts |Read mode


Api marak memusnahkan tiga rumah dalam kebakaran di Kampung Bako, awal pagi tadi.
KUCHING: Seramai 16 orang tinggal sehelai sepinggang selepas tiga rumah didiami mereka di Kampung Bako di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhuhung kebakaran tersebut pada jam 1.58 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Bako dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan tiga rumah yang telah terbakar sepenuhnya.

“Pasukan bomba kemudian bertindak memadam kebakaran tersebut sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi tamat pada jam 4.20 pagi,” katanya.

Tambahnya, empat motosikal turut terbakar dalam kejadian itu.

“Manakala kesemua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri dan tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Difahamkan, rumah pertama dihuni oleh 14 orang termasuk empat kanak-kanak, rumah kedua didiami dua warga emas, manakala rumah ketiga dilaporkan kosong.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.035867 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list